Tiada tempahan ketupat susulan suami strok

Tiada tempahan ketupat susulan suami strok

ABDULLAH Sani Osman (tengah) bersama Mariah Salleh ketika dikunjungi wakil LZS di Kampung Sungai Sireh, Klang, Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Persiapan raya bagi keluarga Mariah Salleh tahun ini terpaksa dilakukan secara lebih sederhana berbanding tahun lepas selepas suaminya diserang angin ahmar empat bulan lalu.

Ia termasuk rutin memenuhi tempahan ketupat palas sepanjang Ramadan yang dilakukan setiap tahun sebelum ini terpaksa dihentikan kerana Mariah, 53, mahu menumpukan masanya untuk menjaga suaminya, Abdullah Sani Osman, 57.

Wanita itu berkata, suaminya memerlukan perhatian kerana masih tidak boleh bercakap, berjalan dan makan dengan betul sejak terkena serangan strok pada 27 Disember lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada waktu itu, dia hendak mencedok lauk, tiba-tiba beritahu tangan kirinya berasa kebas sebelum rebah. Ketika ini suami hanya dapat minum susu yang dicampur dengan kurma sebagai pengganti nasi kerana belum dapat menggerakkan mulutnya dengan betul.

“Perjalanan ibadah puasa dan persediaan raya kali ini amat berbeza. Saya tak lagi bungkus ketupat palas yang biasa dibuat setiap tahun, hilang pendapatan dekat situ lebih RM4,000,” katanya ketika ditemui.

Menurut Mariah, disebabkan situasi tersebut, dia sekeluarga menjadi penerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) seperti perubatan susu, lampin dewasa dan tisu basah, yuran dan keperluan sekolah serta bantuan hari raya.

“Sejak suami kena serangan strok, kami tidak lagi bekerja. Tiada pendapatan tetap, sebelum ini kami adalah peniaga buah-buahan dan makanan ringan. Suami pun ada ambil upah potong rumput.

“Memang sedih bila ditimpa musibah, tetapi saya kena kuat, jiran-jiran pun ramai yang membantu dan memberi sokongan. Ditambah dengan bantuan LZS, saya tetap bersyukur. Harap orang ramai dapat doakan suami saya pulih seperti sedia kala,” luahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×