BEYOND Expo, peluang syarikat Malaysia pamer inovasi termaju

BEYOND Expo, peluang syarikat Malaysia pamer inovasi termaju

BEYOND Expo di Macao antara ekspo inovasi teknologi terbesar di Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat teknologi Malaysia berpeluang mempamerkan inovasi termaju mereka kepada khalayak global melalui penyertaan dalam ekspo inovasi teknologi antarabangsa (BEYOND Expo) di Macao pada 10 hingga 12 Mei ini.

Menurut Pengasas Bersama BEYOND Expo, Dr. Gang Lu, ia merupakan antara ekspo teknologi terbesar di Asia dengan penyertaan lebih 800 peserta pameran, 500 pembicara profesional dan lebih 600 media antarabangsa dan tempatan.

Jelasnya, BEYOND Expo akan dipenuhi dengan lebih banyak inovasi teknologi dan peluang rangkaian yang lebih besar.

“BEYOND Expo mempunyai potensi besar untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara pada skala yang lebih luas.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melihat kemajuan kukuh dalam ekosistem teknologi tempatan dan ekspo itu menyediakan platform untuk syarikat teknologi Malaysia mempamerkan inovasi termaju mereka kepada khalayak global.

“Ini adalah peluang untuk semua peserta, pempamer dan pembicara professional untuk berkumpul, belajar daripada satu sama lain, dan berkongsi pengetahuan untuk memajukan ekosistem teknologi pada 2023. Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai pengalaman masa depan teknologi yang ditawarkan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dengan industri teknologi di Malaysia mengalami pertumbuhan pesat dan kerajaan secara aktif meletakkan negara sebagai hab untuk inovasi teknologi dan keusahawanan, terdapat potensi yang kukuh untuk pengembangan antarabangsa.

Kerajaan juga katanya, telah memperkenalkan beberapa inisiatif yang bertujuan menggalakkan pertumbuhan industri teknologi.

“Sebagai contoh, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyediakan banyak sumber dan sokongan untuk pemula teknologi, manakala Koridor Raya Multimedia (MSC) menawarkan insentif cukai dan faedah lain kepada syarikat teknologi.

“Objektif BEYOND Expo adalah untuk mewujudkan dirinya sebagai pameran dan platform teknologi terulung di Asia, menampilkan inovasi teknologi terkini merentasi pelbagai industri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×