Jumlah kekayaan 18 individu terkaya Malaysia AS$54.7 bilion

Jumlah kekayaan 18 individu terkaya Malaysia AS$54.7 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 18 individu terkaya di Malaysia diterajui oleh hartawan, Tan Sri Robert Kuok berada dalam senarai bilionair Forbes dengan jumlah kekayaan terkumpul sebanyak AS$54.7 bilion (RM241.03 bilion) sehingga Mac 2023.

Menurut data Real Time Billionaires Forbes, Robert yang merupakan individu terkaya di Malaysia, mempunyai kekayaan bernilai AS$11.8 bilion (RM52 bilion), muncul sebagai individu ke-146 terkaya di dunia.

Sementara itu, empat anak kepada mendiang Pengasas Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow iaitu William Teh Lee Pang, Lillian Teh Li Ming, Dr. Lillyn Teh Li Hua dan Diana Teh Li Shing turut berada dalam senarai tersebut.

Keempat-empat mereka adalah peserta baharu dalam senarai itu dengan nilai kekayaan masing-masing berjumlah AS$1.3 bilion (RM5.73 bilion) pada kedudukan 2,133 dunia.

Dalam pada itu, Pengerusi Hong Leong Group (Malaysia), Tan Sri Quek Leng Chan menjadi individu kedua terkaya di negara ini dan ke-179 di dunia dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$10.1 bilion (RM44.50 bilion).

Bilionair lain yang tersenarai termasuk Pengerusi Usaha Tegas Sdn. Bhd, Ananda Krishnan dengan kekayaan sebanyak AS$5.2 bilion (RM22.91 bilion); Tan Sri Koon Poh Keong dari Press Metal (kekayaan AS$4 bi­lion (RM17.63 billion); Pengerusi NagaCorp, Tan Sri Chen Lip Keong dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IOI Group, Datuk Lee Yeow Chor masing-masing memiliki kekayaan berjumlah AS$2.8 bilion (RM12.34 bilion).

Sementara itu, Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay memiliki kekayaan sebanyak AS$2.3 bilion (RM10.13 bilion), diikuti usahawan Kie Chie Wong yang terlibat dalam pelaburan logam dan perlombongan dengan kekayaan sebanyak AS$1.8 bilion (RM7.93 bilion) dan pemegang saham utama Hap Seng Consolidated, Tan Sri Lau Cho Kun pula mempunyai kekayaan sebanyak AS$1.7 bilion (RM7.5 bilion).

Senarai berikutnya ialah Naib Pengerusi Eksekutif IOI Group, Lee Yeow Seng yang memiliki kekayaan sebanyak AS$1.6 bilion (RM7.05 bilion) dan Pengerusi Eksekutif Westports Malaysia, Tan Sri G. Gnanalingam dengan kekayaan berjumlah AS$1.5 bi­lion (RM6.6 bilion).

Individu lain yang masuk dalam senarai tersebut adalah Pengasas dan Pengersi Sunway Group, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.2 bilion (RM5.3 bilion) dan Pengasas MR D.I.Y. Group, Tan Yu Yeh berjumlah AS$1.1 bilion (RM4.85 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×