Google mula penjimatan, kurangkan snek percuma untuk pekerja

Google mula penjimatan, kurangkan snek percuma untuk pekerja

Gambar Hiasan - Google Headquarters
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Google memulakan beberapa langkah penjimatan kos seperti mengurangkan snek percuma dan kelas senaman untuk golongan pekerja, menurut laporan berita.

Menurut Business Insider, pekerja Google telah dimaklumkan bahawa faedah untuk mereka akan berbeza-beza berdasarkan keperluan lokasi pejabat dan trend yang dilihat di setiap pejabat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Kewangannya, Ruth Porat melalui satu memo.

“Dapur mikro syarikat yang menyediakan makanan ringan percuma seperti bijirin, espresso dan air seltzer akan ditutup pada hari yang biasanya mempunyai volum lebih rendah.

“Beberapa jadual kelas kecergasan akan diubah bergantung pada cara ia digunakan,” kata laporan itu.

Syarikat itu juga akan menghentikan perbelanjaan untuk peralatan peribadi seperti komputer riba, tambah laporan itu memetik memo berkenaan.

Sebaliknya, dana untuk pembelian peranti itu akan digunakan untuk perkara-perkara yang mempunyai keutamaan lebih tinggi.

“Oleh kerana pembelian peralatan itu perbelanjaan yang besar untuk syarikat sebesar kami, kami boleh membuat penjimatan bermakna di sini,” kata Porat dalam memo itu.

Tambah beliau, syarikat akan mengurangkan pengambilan pekerja dan membentuk semula pasukan untuk kerja-kerja yang lebih penting.

Google baru-baru ini memberitahu pekerja bahawa sebahagian mereka perlu berkongsi meja, sebahagian rancangannya mengecilkan jumlah pejabat.

Awal tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai dilaporkan telah mengesahkan dalam surat kepada pekerja bahawa kira-kira 12,000 orang akan diberhentikan di seluruh dunia, iaitu kira-kira 6 peratus daripada jumlah tenaga kerjanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×