Lebuhraya MEX sokong perluas skop cara bayaran tol

Lebuhraya MEX sokong perluas skop cara bayaran tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali lebuh raya, Lebuhraya Maju Expressway (MEX) memberi sokongan penuh terhadap inisitaif kerajaan dalam meluaskan skop pilihan cara bayaran tol, termasuk pembayaran melalui kad debit dan kredit.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Halimi Ibrahim berkata, penggunaan kad debit/kredit di lorong plaza tol merupakan antara langkah persediaan ke arah sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF).

“Pihak kami sedang membuat perbincangan dengan Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak-pihak lain yang berkaitan sebagai persediaan untuk menguji sistem pembayaran tol terbuka dan memastikan ia dapat dilaksanakan pada September kelak, seperti telah disasarkan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, saranan kerajaan itu akan memudahkan pengguna lebih raya dan memastikan kecekaan proses pembayaran tol sekiranya pengguna tidak berkesempatan untuk menambah nilai kad Touc `n Go atau RFID mereka.

“Ini juga adalah bukti komitmen dan usaha gigih Lebuhraya MEX untuk memberi pengalaman pemanduan yang selesa dan selamat kepada pengguna lebuh raya,” katanya.

Menteri Kerja Raya, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebelum ini dilaporkan berkata, sebanyak 11 lebuh raya telah menyatakan penyertaan mereka dalam pelaksanaan sistem MLFF itu yang dimulakan pada pertengahan September 2023.

Lebuh raya itu termasuk Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong SMART serta Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX).

Ia susulan keputusan kerajaan untuk mempercepat pelaksanaan sistem bayaran tol terbuka kepada pengguna lebuh raya di negara ini.

Pengenalan sistem baharu itu akan mengurangkan kebergantungan terhadap mod pembayaran sedia ada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×