Ubat Esoral tidak berdaftar KKM

Ubat Esoral tidak berdaftar KKM

TANGKAP layar video yang tular dalam media sosial memaparkan individu cuba membuka kapsul ubat dan didapati mengandungi paku.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ubat Esoral yang dijadikan bahan ‘eksperimen’ dalam video tular dalam media sosial disahkan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan .

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, semakan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (BPFKKM) mendapati produk Esoral tiada dalam database Quest3 Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Malah, katanya, hasil siasatan BPFKKM mendapati, video berdurasi 35 saat itu adalah video lama yang pernah tersebar sebelum ini pada 2021 dan bukan dari Malaysia.

Katanya, maklumat mengenai video tersebut terdapat pada pautan berikut https://www.boomlive.in/fast-check/disturbing-videos-of-capsules-with-nails-revived-with-false-communal-spin-14980).

“Sebagai maklumat tambahan, pertanyaan sama pernah diterima pada bulan Mei 2022. Video disyaki di Pakistan. Pautan yang berlainan kepada penjelasan video ini: https://factly.in/unrelated-video-clips-falsely-shared-as-medicine-jihad-against-the-hindus-in-india/,” katanya di sini semalam.

Dalam satu video yang ditularkan kembali ketika ini merakamkan situasi kapsul ubat dibuka yang mengandungi paku.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan memandang serius isu keselamatan produk farmaseutikal, justeru orang ramai perlu menjalankan tanggungjawab bersama agar tidak mudah menyebarkan berita palsu.

Pada masa sama, beliau mengingatkan orang awam supaya merujuk kepada pihak berkuasa bagi tujuan pengesahan.

“BPFKKM giat menjalankan pemantauan di laman sesawang dan media sosial serta aktiviti penguatkuasaan dalam menangani isu penjualan produk farmaseutikal termasuk dalam talian.

“Malah aktiviti penguatkuasaan ini dijalankan sepanjang masa bagi memastikan semua produk farmaseutikal, tradisional dan kosmetik dalam pasaran adalah selamat digunakan oleh orang awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×