Sientex tembusi pasaran hartanah Indonesia

Scientex tembusi pasaran hartanah Indonesia

MAJLIS pemeteraian usahasama antara Scientex, Mustika Land dan Japan Creed Group membabitkan projek pembinaan rumah mampu milik di Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemaju hartanah Scientex Berhad (Scientex) menjalin usahasama (JV) dengan Mustika Land Indonesia dan Japan Creed Group membabitkan projek pembinaan rumah mampu milik di Indonesia dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM85.5 juta.

Kerjasama itu melalui anak syarikat milik penuh Scientex, Scientex Quatari Sdn. Bhd. (STX) dengan PT Graha Mustika Tamansari (PT GMT) dan Creed Property PH-1 Pte Ltd (CRD) untuk membentuk syarikat JV dengan PT GMT memegang 60 peratus kepentingan, STX dan CRD pula masing-masing memegang 20 peratus.

“Syarikat JV itu akan memperoleh tanah daripada PT GMT untuk pembangunan Fasa 1 Graha Mustika Tamansari di Bekasi, Greater Jakarta.  

“Fasa 1 melibatkan pembangunan 400 rumah bertanah mampu milik dengan anggaran pembangunan kasar nilai (GDV) sebanyak AS$19 juta (kira-kira RM85.5 juta),” jelas syarikat itu dalam kenyataan.

Projek perumahan mampu milik itu dijual pada harga sekitar 500 juta rupiah (RM145,797) seunit dan pembinaan dijangka siap pada 2025.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Scientex. Lim Peng Jin, setelah menyerahkan hampir 28,000 rumah tanah mampu milik dengan GDV bernilai RM8.0 bilion di seluruh Malaysia, Scientex kini bersedia memulakan strategi ‘Rentas Sempadan’ untuk menembusi pasaran baharu di Asia Tenggara dan memenuhi permintaan serantau.

Beliau berkata, Scientex akan memperkenalkan kepakarannya yang terbukti dalam pembangunan perbandaran berskala besar dengan kualiti dan kecekapan berdasarkan teknologi dibangunkan sendiri, yang telah menjadi identitinya sejak 28 tahun lalu.

“Visi jangka panjang kami adalah untuk mengembangkan jenama Scientex dalam pembangunan sektor hartanah Indonesia, dan berkongsi pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam perumahan mampu milik di rantau ini,” katanya.

Bekasi terletak kira-kira 24 kilometer dari Jakarta Barat dan mempunyai populasi berjumlah 3.16 juta. Graha Mustika Tamansari seluas 40 ekar merupakan pembangunan perbandaran keempat yang dilaksanakan oleh Mustika Land. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×