ISLAM sebagai agama Persekutuan termaktub pada Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan. Pada masa sama, agama-agama lain tetap boleh diamalkan secara bebas tanpa gangguan.
Sebagai sebuah negara yang dibina atas asas pelbagai kaum dan agama, toleransi adalah ramuan utama dalam mencapai apa yang kita nikmati sekarang.
Di sebalik pelbagai kemelut seperti krisis ekonomi, pandemik dan ketidakstabilan politik, namun Malaysia tidak pernah diancam oleh isu-isu berkaitan dengan agama dan kaum.
Jika ada sekali pun, ia adalah kes-kes terpencil yang tiada kaitan dengan mana-mana gerakan atau pertubuhan yang boleh menggugat kesejahteraan negara pada skala besar.
Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan kebebasan beragama tanpa menjejaskan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya tetapi tertakluk kepada Fasal (4).
Walaupun Islam diisytihar sebagai agama rasmi Malaysia, namun agama lain bebas diamalkan oleh mana-mana kaum atau keturunan. Mereka bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.
Sebab itu hanya di Malaysia perayaan semua kaum kita raikan bersama. Daripada perayaan kaum terbesar hingga kepada kaum-kaum minoriti. Hak kita untuk beragama, beribadat dan meraikan perayaan tidak pernah dinafikan.
Ini adalah asas yang menjadikan Malaysia kekal harmoni dan bebas daripada isu-isu perselisihan agama dan kaum.
Dalam kemajmukan dan kepelbagaian ini kita bergerak bersama-sama untuk memaju dan membangunkan negara. Kalau kita lihat tenaga yang menggerak dan memacu negara ini ia membabitkan semua kaum dan agama. Tidak ada yang tertinggal dan terpinggir. Semuanya ada sumbangan.
Atas asas ini, maka setiap apa aktiviti atau program yang dianjurkan mesti mengambil kira sensitiviti pihak lain.
Setiap program yang membabitkan kaum dan agama mesti jelas. Jangan ada agenda yang tersembunyi hingga boleh mencetuskan kesangsian di pihak lain.
Hal yang sama perlu diambil iktibar oleh penganjur program Jom Ziarah Gereja yang sepatutnya berlangsung semalam.
Kumpulan sasaran dan agenda perlu jelas supaya tidak mencetuskan fitnah terutama kepada penganut Islam. Apabila ia dikatakan terbuka kepada belia bukan Kristian ia seolah-olah turut melibatkan belia Islam.
Lebih-lebih lagi apabila ia dianjurkan oleh agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan iaitu Impact Malaysia.
Niat asal penganjuran program itu mungkin murni, tetapi hasratnya tidak dieja dengan jelas hingga terbuka kepada pelbagai tafsiran termasuk hingga dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam.
Jika penganjuran program agama itu dibuat dengan niat untuk menguji toleransi, maka ia adalah satu kesilapan besar oleh pihak penganjur.
Sensitiviti agama sama ada Islam atau agama lain tidak boleh sama sekali diuji. Ketika kita hidup dalam persefahaman dan keharmonian yang baik, had toleransi dan sensitiviti jangan dicabar.
Demi masa depan negara dan anak-anak kita, hal ini perlu terus dipertahankan sampai bila-bila.
Apa juga bentuk kebencian, permusuhan dan perseteruan tidak akan menguntungkan sesiapa.
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
Sensitiviti kaum, agama jangan diuji

Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia .
Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved