Orang tua-tua selalu berkata: “Seorang ibu boleh jaga 12 anak tetapi 12 anak belum tentu boleh jaga seorang ibu”.
Demikian realiti masyarakat terutama dalam zaman yang semakin materialistik. Ramai ibu bapa yang ‘dibuang’ oleh anak-anak sama ada ditinggalkan di rumah orang tua-tua dan juga rumah-rumah kebajikan.
Dalam sesetengah kes, tergamak anak-anak menipu ibu bapa kononnya nak bawa mereka bersiar-siar atau makan di luar. Namun, akhirnya mereka ditinggalkan di pusat jagaan orang tua-tua atau rumah-rumah kebajikan.
Walhal, semasa kecil anak-anak ditatang bagai minyak yang penuh. Tidak pernah si ayah dan ibu mengeluh membesarkan mereka walaupun hidup ketika itu hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Tidak pernah anak-anak dibiarkan berlapar, jika demam segera dicarikan ubat. Malah, ibu bapa mengusahakan juga membelikan baju baru setiap kali menjelang hari raya walaupun, kedua-duanya tidak pernah berganti baju baru pada setiap kali hari lebaran.
Pada awalnya, rasa pelik juga sampai perlu diwujudkan Rang Undang-undang (RUU) Warga Emas yang perlu memperuntukan seorang anak yang mengabaikan ibu bapa mereka boleh didakwa.
Ia susulan Dewan Rakyat dimaklumkan kelmarin, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang merangka RUU Warga Emas yang antara lain mengambil kira tindakan undang-undang terhadap anak yang tidak bertanggungjawab kepada ibu bapa mereka.
Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata, penggubalan akta itu bertujuan melindungi warga emas selain sebagai persediaan negara menuju status negara tua pada 2030.
Antara kandungan rang undang-undang tersebut ialah melindungi kebajikan dan hak asasi warga emas, memperkasa warga emas dan ahli keluarga serta komuniti, mewujudkan sistem sokongan yang kuat terhadap warga emas serta sistem sokongan kukuh buat penjaga.
Walaupun menyokong, definisi pengabaian anak terhadap ibu bapa yang bakal termaktub dalam akta berkenaan perlu lebih jelas. Ia bagi mengelakkan berlaku kes berat sebelah kepada anak yang mungkin tidak bermaksud mengabaikan ibu bapa apabila orang tua mereka dihantar ke rumah kebajikan.
Apa yang paling penting adalah kasih sayang daripada anak-anak kerana warga tua mempunyai banyak kesan dari segi emosi. Sudahlah pada usia emas, biasanya ibu bapa kerap sakit, bayangkanlah kesengsaraan jika dibuang oleh anak-anak pula.
Sebabnya, anak-anak boleh pula pass-pass ibu bapa bila mahu jaga mereka. Lama-lama ibu bapa akan rasa sedih dan kecewa. Itu yang kadang-kadang menyebabkan mereka jadi gelandangan atau duduk rumah orang tua sebab tidak mahu duduk dengan anak-anak.
Jika ibu bapa yang sukarela mahu tinggal di rumah orang tua-tua itu soal lain. Tetapi jangan pula anak-anak lupakan mereka. Sampaikan tidak menjenguk mereka selepas hari pertama menghantar mereka ke sana.
Hebat dan berjaya di tahap mana pun, sebagai anak jangan lupa yang ibu bapalah permulaan kita. Jangan selepas berjaya, kita ‘buang’ mereka. – UTUSAN
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Ayah, ibu permulaan kita

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved