Anak didera: Pendakwaan nak ambil kenyataan pegawai perubatan

Laporan palsu anak didera, pendakwaan mahu ambil kenyataan pegawai perubatan

MUHAMMAD Izzat Irfan Taib bersama Zuraina Zamri (tengah) ditemui pemberita selepas prosiding mahkamah berhubung kes penderaan seorang remaja dekat sebuah madrasah di Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret semalam menunda keputusan representasi terhadap pertuduhan seorang wanita yang didakwa membuat laporan palsu berhubung anaknya menjadi mangsa dera oleh seorang guru dekat sebuah madrasah di sini pada tahun lalu.

Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali membuat kepu­tusan tersebut selepas men­dengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya Elyza Amira Habeeb Rahman yang mahu mendapatkan ke­nyataan daripada pegawai perubatan.

Permohonan itu di­bu­at selepas satu laporan perubatan terhadap remaja berusia 20 tahun itu dikeluarkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang 8 Januari lalu.

Majistret kemudian mene­tapkan tarikh baharu 13 April ini untuk mengemukakan rekod kenyataan daripada pegawai perubatan terbabit dan memutuskan status kes terha­dap Zuraina Zamri, 45.

Terdahulu, peguam tertu­duh, Muhammad Iz­zat Irfan Taib memfailkan representasi bersama laporan perubatan un­tuk menggugurkan dakwa­an membuat laporan palsu.

Sementara itu, beliau ketika ditemui pemberita memaklumkan, laporan perubatan menunjukkan berlaku kece­deraan dan trauma terhadap anak tertuduh yang didakwa didera oleh seorang guru de­kat Madrasah Darussolihin.

Menurutnya, laporan tersebut juga sejajar dengan dakwaan asal Zuraina sebelum ini membuat laporan polis berhubung kejadian dera dihadapi anaknya dekat madrasah terbabit pada 21 Ogos 2022.

“Laporan perubatan sudah dapat pada tahun lepas se­be­lum Disember, patutnya ada perkembangan ini, tetapi pen­dakwaan sendiri katakan tunggu kenyataan daripada pe­gawai perubatan.

“Laporan perubatan me­nunjukkan ada kecederaan dan trauma. Dari HTAR. Sejajar dengan dakwaan asal pengadu, tidak bercanggah,” katanya.

Malah, laporan perubatan tersebut juga dilihat menafikan dengan kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd. Iqbal Ibrahim yang memaklumkan mangsa membuat pemeriksaan di Hospital Shah Alam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×