KUALA LUMPUR: Calon ahli Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo merasakan sudah sampai masanya peluang diberikan kepadanya untuk memimpin bahagian berkenaan setelah panyandangnya, Datuk Seri Jamal Md. Yunos gagal memimpin dengan baik.
Katanya, ia dibuktikan dari segi pencapaian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu dengan menunjukkan Jamal ditolak rakyat dengan beza hampir 7000 undi berbanding calon UMNO PRU-14, Budiman Mohd. Zohdi yang hanya tewas 714 undi sahaja di tangan calon Pakatan Harapan (PH).
“Jamal sudah kalah sampai hampir 7,000 undi, takkan nak beri peluang kepada dia lagi untuk memimpin UMNO Bahagian? Orang Sungai Besar rata-ratanya menolak cara pembawakan yang seperti gengsterism ini. Malah ramai Ketua Cawangan berjumpa dengan saya yang inginkan perubaham dalam pimpinan UMNO bahagian Sungai Besar.
“Sewaktu saya memimpin dahulu, saya sangat menjaga kebajikan rakyat di sini, tetapi perkara itu tidak diteruskan Jamal sehingga kini. Sebab itu beliau ditolak rakyat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sebelum ini, Dr Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada pemilihan parti kali ini.
Selepas tarikh menghantar borang pencalonan ditutup pada 26 Februari lalu, perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar sah menyaksikan pertandingan dua penjuru antara penyandangnya, Jamal dan Dr Khir.
Mengulas lanjut, Khir turut berkata, jumlah cawangan pemuda dan puteri di bahagian berkenaan semakin merosot, sekali gus ia menunjukkan signal yang tidak baik buat pemimpin di bahagian itu sendiri.
“Kalau di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di lawasan sendiri pun kalah.. cuba fikir apa maksudnya? Dia sendiri ditolak oleh rakyat di kawasan dia sendiri. Dengan pemuda hanya tinggal 74 cawangan, Puteri pula 40 lebih sahaja.
“Bagaimana UMNO inigin kekal bertahan di Singai Besar? Sesuatu harus dilakukan,” ujarnya lagi.
Tambah Khir lagi, pelbagai program kebajikan dilakukan olehnya seperti mewujudkan tabung pendidikan dan tabung kematian, namun rakyat di sungai Besar merasakan mereka tiada lagi tempat untuk bergantung setelah pemimpin yang ada tidak meneruskan kebajikan yang dilakukannya.
“Sebab itu sdah sampai masa untuk saya kembali meneruskan perjuangan yang saya buat dulu supaya kita boleh menang pada pilihan raya negeri kali ini. Kita mali kalau Melayu tolak kita, sedangkan ini kawasan kubu kuat kita, tetapi kita tidak mampu pertahankan, sebab apa? Sebab pemimpin yang tidak menjaga rakyat, ” ujarnya lagi. – UTUSAN










