Nurdagi seperti kawasan perang

Nurdagi seperti kawasan perang

KEADAAN runtuhan di Nurdagi, Gaziantep, Turkiye selepas dilanda gempa bumi dan memusnahkan kira-kira 70 peratus bangunan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kawasan Nur­dagi, Gaziantep di Turkiye yang dilanda gempa bumi diibaratkan seperti kawasan yang dilanda perang kerana 70 peratus bangunannya musnah akibat kejadian itu.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, Komander Pasukan Men­cari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) MAS-01, Mohd. Khairul Jamil berkata, dalam keadaan segala-galanya musnah itu, anggota pasukannya tetap melaksanakan tugas menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)

“Jika berlaku gegaran besar kebarangkalian boleh membahayakan pasukan penyelamat.

“Ia sedikit mengganggu operasi namun tidak mematahkan semangat pasukan SMART dalam mencari mangsa-mangsa terpe­rangkap atau tertimbus,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, misi SAR keti­ka berlakunya gegaran kecil da­lam struktur bangunan tidak sta­bil antara cabaran yang dihada­pi pasukannya sepanjang dua ming­­gu berada di Nurdagi.

Katanya, perancangan rapi perlu dilakukan setiap kali sebelum operasi SAR bagi memastikan keselamatan kesemua anggota SMART terjamin kerana kemungkinan berlaku runtuhan ketika operasi.

Malah beliau memberitahu, ketika operasi, berlaku beberapa gegaran kecil di sektor-sektor kawasan yang dipertanggungjawab bagi operasi SAR.

Menurut Mohd. Khairul, cua­ca sejuk ekstrem sehingga men­cecah -19 Darjah Celcius merupakan cabaran utama pasukan SMART yang terpaksa menahan kesejukan terutamanya ketika melakukan operasi SAR.

Malah, jelasnya, lokasi Nur­dagi terletak 950 meter dari paras laut iaitu di kawasan pergunungan menyebabkan cuaca di sektor-sektor operasi berangin dan sejuk.

“Cuaca di Nurdagi sangat ber­­beza dengan iklim kita, beberapa anggota demam dan selesema sehingga terpaksa direhatkan.

“Ini antara kesusahan serta bencana berganda dihadapi pa­sukan penyelamat kita namun kami bersyukur dapat mengharungi cabaran ini sepanjang berada di Nurdagi,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pasukan MAS-10, Abdul Manaf Che Isa berkata, beliau sangat berbangga dengan pencapaian pa­sukannya yang memberikan ko­mitmen tinggi sepanjang 10 hari misi SAR di Nurdagi.

“Walaupun terdapat anggota MAS-10 bukan secara keseluruhannya di bawah SMART namun saya sangat berpuas hati dengan semangat ditonjolkan biarpun banyak cabaran dihadapi di sana.

“Kita juga ingin berterima kasih dengan sokongan dan doa tidak berbelah bagi diberikan oleh rakyat Malaysia dan ke­pe­mimpinan tertinggi negara.

“Kita berjaya membawa keluar seramai 52 mangsa iaitu 47 telah meninggal dunia dan lima masih hidup melibatkan empat sektor yang dipertanggungjawabkan,” ujarnya.

Semalam, seramai 65 anggota SMART selamat tiba di Lapa­ngan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas kira-kira dua minggu menyertai misi ke Turkiye yang dilanda gempa bumi.

Mereka menaiki dua penerbangan komersial Turkish Airlines, selamat mendarat di KLIA pada pukul 12.20 tengah hari dan 5 petang semalam selain disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali serta Duta Turkiye di Malaysia, Emir Salim Yuksel.

Mereka terdiri daripada ang­gota pelbagai agensi iaitu SMART NADMA, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Untuk rekod, keanggotaan ba­gi dua kumpulan Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) MAS-01 dan MAS-10 adalah seramai 140 orang selain melibatkan dua ekor anjing pengesan (K9). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×