Mendapatkan tidur lena setiap malam semestinya menjadi idaman setiap orang. Malangnya, dengan kesibukan urusan harian dan gangguan daripada peranti seperti telefon bimbit, sering menjejaskan kualiti tidur.
Prihatin dengan perkara itu, jenama kecantikan tempatan, Vase Creation memperkenalkan produk semburan – Organic Stress Relief Pillow Mist bagi mengatasi masalah insomnia atau susah tidur.
Ia dihasilkan dengan campuran minyak pati tulen berasaskan organik iaitu lavender, patchouli, sweet orange, roman chamomile, vetiver dan kayu cedar. Ia terkenal dengan faedah menenangkan minda dan bersantai.
Tanpa pewangi sintetik, ia diadun dengan teliti dan dikemas dalam penyembur tiub kaca 12 mililiter (ml) yang sesuai untuk memberikan tidur sempurna.
Bagi yang mencari pelembab bibir, pula ada Luxe Lip Gloss dalam merawat bibir supaya sentiasa lembut dan bermaya.
Kedua-dua koleksi ini boleh didapati secara secara eksklusif di A-Day Department Store dan platform e-dagang terpilih.










