Tiada lagi pengeluaran KWSP – Anwar

Tiada lagi pengeluaran KWSP – Anwar

Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kerajaan memutuskan tidak membenarkan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikeluarkan lagi bagi menjamin masa depan pesaraan pencarum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan sedang mencari mekanisme lain tanpa memberi impak terhadap pencarum ketika bersara nanti.

“Kita sudah perjelaskan, dahulu diminta dikeluarkan, ba­nyak dikeluarkan jadi yang tinggal RM10,000, RM5,000, yang hendak keluarkan itu kena fikir apa pilihan kita, ada RM5,000, RM10,000 hendak keluar, pencen empat tahun lagi apa hendak jadi?

“Betul (pengeluaran untuk kelangsungan hidup) tetapi kalau wang dia ada tak apa, kalau wang tidak ada. Ada RM5,000 tinggal RM3,000 sahaja.

“Jadi kalau dia pencen esok apa nak buat, ada yang hendak pencen dua tahun tiga tahun lagi,” kata beliau selepas me­nyampaikan syarahan ulung Kursi Siddiq Fadzil Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Universiti Selangor (Unisel) di sini semalam.

SKIM

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran khas daripada Akaun 1 dan 2 KWSP melalui skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra masing-masing pada April 2020, Januari, Mac serta Ogos 2021.

Sehubungan itu, menurut Anwar, selepas mempertimbangkan dari pelbagai sudut kerajaan memutuskan tiada lagi pengeluaran KWSP.

Terdahulu, pelbagai pihak menggesa kerajaan membenarkan rakyat mengeluarkan wang simpanan KWSP.

Ditanya mengenai pembentangan semula Bajet 2023, beliau berkata, kerajaan sebelum ini menjelaskan keutamaan Kerajaan Perpaduan ketika ini adalah fokus untuk menangani defisit negara.

Kata beliau, beberapa per­kara diberi tumpuan utama dalam Bajet 2023 namun yang pasti semua langkah kerajaan adalah demi kesejahteraan rakyat.

“Tumpuan juga sudah pasti ke arah aspek digital, keterjaminan dan keselamatan makanan, keselesaan rakyat dan kos sara hidup.

“Ini strategi kita, yang lain-lain saya akan umumkan masa Belanjawan 2023 (yang dijadual­kan 24 Februari) ini,” kata beliau.

Selepas majlis di Unisel, Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail Ibrahim berlepas ke Bangkok, Thailand untuk lawatan rasmi dua hari.

Pesawat khas membawa Anwar dan Dr. Wan Azizah Wan mendarat di Lapangan Terbang Udara Diraja Thailand pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×