AS naikkan kadar faedah 25 mata asas

AS naikkan kadar faedah 25 mata asas

SEORANG lelaki mendengar Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powel mengumumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, dalam usaha mengawal inflasi di Amerika Syarikat. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat kelmarin menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Fed pada masa sama menjanjikan ‘peningkatan berterusan’ dalam kos pinjaman sebagai sebahagian daripada perjuangannya yang masih belum berakhir menentang inflasi.

“Inflasi agak berkurangan tetapi masih meningkat. Perang Russia-Ukraine misalnya, masih dilihat sebagai menambah “ketidakpastian global yang me­ningkat,” kata bank pusat Amerika Syarikat (AS) itu dalam kenyataan, lapor Bloomberg.

Pengerusi Fed, Jerome Powel berkata, beliau percaya terdapat jalan untuk mencapai sasaran mengurangkan inflasi kepada 2 peratus tanpa mengalami kemelesetan ekonomi yang ketara, dan mungkin “beberapa lagi kenaikan kadar” cukup untuk menurunkan semula inflasi.

Dalam pada itu, Powell memberi amaran, sebarang andaian bahawa bank pusat itu boleh menyelamatkan ekonomi jika Kongres gagal menaikkan siling hutang Persekutuan adalah satu langkah yang boleh menyebabkan Perbendaharaan gagal melunaskan hutang.

Beliau berkata, tiada siapa yang harus menganggap bahawa Fed boleh melindungi ekonomi daripada kegagalan akibat tidak bertindak tepat pada masanya.

“Hanya ada satu jalan ke hadapan iaitu Kongres perlu menaikkan siling hutang supaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) boleh membayar semua kewajipannya apabila tiba masanya,” katanya dalam sidang akhar selepas mesyuarat dasar terbaharu itu.

Republikan dan Demokrat dilaporkan berselisih tentang menaikkan had pinjaman Persekutuan, yang berada di paras siling pada akhir tahun ini, melainkan Kongres bertindak.

Perbendaharaan kini menggunakan perakaunan khas selepas had hutang mencapai AS$31.4 trilion (RM133.85 tri­lion) bulan lepas. Ia menjangkakan langkah itu boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga awal Jun.

Semasa perdebatan had hutang dalam dekad yang lalu, Fed dan Perbendaharaan membincangkan mekanisme untuk membenarkan pembayaran berterusan ke atas sekuriti Perbendaharaan AS, dengan kerajaan menangguhkan pembayaran lain.

Powell enggan mengulas ada Fed sedang melihat keadaan luar jangka.

Pengerusi Fed itu memberi isyarat bahawa Kongres harus meningkatkan siling hutang “dengan cara yang tidak membahayakan kemajuan yang kita buat terhadap inflasi, ekonomi dan sektor kewangan.”

Powell berkata, Fed sedar bahawa pegangan tunai Perbendaharaan akan susut dari segi jumlah deposit bank-bank perdagangan dan berapa banyak dana pasaran wang yang dimasukkan ke dalam kemudahannya.

“Kami sudah tentu akan memantau keadaan pasaran kewangan dengan berhati-hati apabila proses itu diteruskan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×