Kerugian Adani cecah AS$71 bilion

Kerugian Adani cecah AS$71 bilion

KEMELUT pembelian/penjualan saham didakwa tidak mengikut peraturan telah menjejaskan prestasi saham Adani. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Kumpulan Adani menerima tamparan apabila kerugian saham Kumpulan dilaporkan terus meningkat kepada AS$71 bilion (RM301.11 bilion) dan penjualan bon berterusan susulan dakwaan penipuan oleh Hindenburg Research.

Menurut laporan, penjualan masih berterusan dengan saham Adani Green Energy Ltd dan Adani Total Gas Ltd, masing-masing susut lebih 20 peratus meskipun terdapat tanda-tanda keadaan mula reda.

Kumpulan Adani dimiliki oleh Gautam Adani yang merupakan individu terkaya di India dan ketujuh di dunia dengan kekayaan berjumlah AS$92.7 bi­lion, menurut laporan Bloom­berg Billionaires Index.

“Reaksi awal menunjukkan pasaran berkemungkinan memberi `ganjaran’ kepada syarikat Kumpulan Adani dengan keterlihatan pendapatan yang lebih baik dan asas kukuh seperti Adani Ports, Ambuja dan ACC,” menurut penganalisis Bloom­berg Intelligence, Nitin Chanduka.

Kata beliau, selepas pembe­tulan mendadak, penilaian pasaran telah reda dan boleh menawarkan peluang menarik untuk pelabur jangka panjang.

Kumpulan Adani sebelum ini telah mengeluarkan laporan terperinci setebal 413 muka surat bagi menjawab dakwaan Hindenburg Research berkenaan, dengan mengatakan mematuhi semua undang-undang tempatan dan telah membuat pendedahan peraturan yang diperlukan membabitkan penjualan saham bernilai AS$2.5 bilion.

Bagaimanapun, Hindenburg Research mendakwa, laporan itu tidak menjawab kesemua dakwaannya mengenai penjualan saham berkenaan, sehingga mencetuskan kemelut pasaran.

Semalam, saham Adani Enterprises meningkat kembali 6.4 peratus kepada 2,937 rupee (RM152.41) setakat 9.50 pagi di Mumbai, namun masih di bawah harga dasar yang ditetapkan untuk jualan ekuiti susulannya.

Syarikat itu berusaha untuk mengumpul 200 bilion rupee dengan menjual saham dalam Kumpulan pada harga 3,112 rupee kepada 3,276 rupee.

“(Saham) Adani Enterprises dan Adani Ports melantun semula kerana mereka adalah titik fokus bagi Kumpulan itu,” kata Sameer Kalra, pengasas Target Investing di Mumbai.

Tambah beliau, “pemulihan utama dalam saham Adani perlu terlebih dahulu datang dalam saham ini (Adani Enterprises dan Adani Ports) kerana ia adalah syarikat perdana.”

Dalam pada itu, Maybank dalam satu kenyataan kepada Reuters menjelaskan, tidak menghadapi sebarang kesan kewangan daripada langganannya kepada tawaran saham Adani Enterprises.

“Langganan kepada tawaran Adani Enterprises adalah langganan pelanggan dan dibiayai sepenuhnya oleh dana pelanggan,” kata bank itu.

Pelabur Marquee Maybank Securities dan Abu Dhabi Investment Authority mengambil pegangan dalam tawaran saham sekunder Adani Enterprises bernilai AS$2.45 bilion (RM10.4 bilion) pada Rabu, lapor Reuters. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×