KETIKA Piala Dunia Qatar pada hujung tahun lalu, satu dunia bercakap dengan sikap penyokong Jepun yang sangat berdisiplin dan amat mementingkan kebersihan.
Setiap kali habis perlawanan membabitkan pasukan mereka, para penyokong bergotong royong membersihkan stadium daripada sampah sarap. Hasilnya mereka meninggalkan stadium yang bersih seperti mana asal.
Ini menunjukkan pembangunan minda dan rohani rakyat Jepun sudah jauh ke depan berbanding negara-negara lain terutama negara Islam, di mana apa yang dilakukan oleh penyokong Jepun ini adalah sebahagian daripada apa yang dianjurkan oleh Islam.
Malah satu kajian oleh Scheherazade S Rehman dan Hossein Askari dari Universiti George Washington, yang diterbitkan dalam Jurnal Ekonomi Global, Vol 10 (Isu 3) mendapati negara yang paling ‘Islam’ yang ditemukan dalam kajian mereka sebenarnya bukan negara Islam.
Mereka meletakkan Ireland di tempat pertama, diikuti Denmark, Luxembourg, Sweden, United Kingdom, New Zealand, Singapura, Finland, Norway dan Belgium. Hampir keseluruhan negara Kesatuan Eropah (EU), Jepun, Korea Selatan dan juga Israel terbukti lebih komited dengan prinsip Islam dalam menangani ekonomi dan perniagaan berbanding mana-mana negara Islam. Malaysia adalah negara Islam pertama dalam senarai itu, di tempat ke-33 dalam ranking 208 negara.
Kajian itu bukan untuk merendahkan Islam tetapi untuk mengkaji sama ada dasar negara Islam (atau negara majoriti Islam) diasaskan berdasarkan prinsip Islam berbanding dengan negara bukan Islam.
Kriteria yang digunakan untuk menentukan keislaman negara tersebut adalah peluang ekonomi, kebebasan ekonomi, rasuah, sistem kewangan, hak asasi manusia, amalan kehidupan harian seperti kebersihan dan hormat menghormati dan pelbagai lagi prinsip murni yang sepatutnya menjadi amalan di negara Islam.
Kajian mendapati kebanyakan negara Islam tidak menjalankan prinsip Islam dalam isu ekonomi, kewangan, politik, perundangan, sosial dan tadbir urus.
Hal yang sama berlaku di Malaysia apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan rasuah sahaja menyebabkan negara kerugian RM10 bilion. Selain itu, saban tahun Laporan Ketua Audit Negara tidak pernah gagal menyatakan pelbagai ketirisan dan penyelewengan.
Hairan kenapa para pemimpin politik dan pegawai kerajaan kita yang majoritinya beragama Islam gagal menjunjung prinsip Islam dalam tugas harian mereka.
Sebab itu saranan Anwar melalui gagasan Membangun Malaysia Madani dengan tidak mengejar pembangunan berasaskan angka sebaliknya lebih mementingkan elemen manusiawi diharap akan mengubah persepsi rasuah dalam sistem pentadbiran kita.
Memang pembangunan kebendaan itu penting dalam memastikan rakyat makmur, tetapi ia perlu seiring dengan pembangunan pemikiran dan kerohanian.
Itu yang berlaku di Jepun, Korea Selatan dan negara-negara Eropah. Tanda rakyat mereka maju ialah tidak membuang sampah sesuka hati di tempat awam atau di lebuh raya yang bertaraf dunia. Tanda mereka maju ialah tandas awam mereka sentiasa bersih dan kemudahan awam terjaga rapi. Tanda mereka maju adalah sentiasa menghormati orang lain.
Diharapkan gagasan yang dibawa oleh Anwar ini akan melahirkan rakyat Malaysia yang maju pemikiran dan kerohanian tanpa mengabaikan pencapaian kebendaan.
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Pembangunan fikiran, kerohanian dan kebendaan

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved