Pandang ringan punca teguran Ketua Audit Negara berulang

Pandang ringan punca teguran Ketua Audit Negara berulang

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sikap pihak berkuasa yang melihat teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara dengan sebelah mata menjadi punca utama kesilapan sama berulang setiap tahun.

Sikap itu membawa kepada kegagalan melakukan siasatan lanjut dan seterusnya mengambil tindakan terhadap dalang terlibat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Hassan Abdul Karim berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasu­ah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh lagi mengambil mudah terhadap setiap aspek ketirisan dan tidak menepati peraturan.

Malah jelas beliau, kerajaan tidak boleh lagi berlembut de­ngan hanya mengambil tindakan memindahkan pegawai terlibat ke cawangan atau agensi lain kerana proses seumpama itu umpama ‘sel kanser yang boleh merebak pada bila-bila masa’.

“Jika dibiarkan begini, bukan sahaja pemimpin mahupun menteri, tetapi penjawat awam pun anggap teguran Laporan Ketua Audit Negara sebagai benda remeh. Sebaliknya, jika SPRM mahupun PDRM tidak mengambil tindakan serius, mereka akan takut untuk me­ngulangi kesilapan sama.

“Pihak berkuasa tidak perlu khuatir kerana mereka mempunyai undang-undang sama ada Akta SPRM, Kanun Ke­seksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram, asalkan proses ini mengikut keluhuran undang-undang.

“SPRM dan PRDRM perlu menegakkan keadilan agar ketirisan dalam pentadbiran kerajaan walaupun sekecil mana pun tidak bermaharajalela selamanya,” katanya ketika dihubungi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini meminta semua menteri meneliti setiap teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021, terutama membabitkan perkara berulang yang tidak ditangani.

Menurutnya, meskipun La­poran Ketua Audit Negara setiap tahun mengandungi syor, namun kesilapan sama berterusan tahun demi tahun.

Hassan yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang menegaskan, memindah pegawai ke jabatan lain tidak menyelesaikan masalah kerana mungkin dia lakukan kesilapan sama di agensi lain.

“Jadi, gantung, turun pangkat atau dicutikan adalah lebih baik,” katanya.

Presiden Yayasan Anti Ra­suah Malaysia (YARM), Mohd. Nizam Mohd. Isa pula berkata, tidak guna kalau kerajaan dedah ketirisan yang berlaku tetapi tiada tindakan diambil terhadap yang terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×