Indonesia naikkan kadar faedah kepada 5.75 peratus

Indonesia naikkan kadar faedah kepada 5.75 peratus

Bank Indonesia menaikkan kadar faedah dalam usaha mengekang kenaikan harga dan inflasi di negara berkenaan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak suku mata (25 mata) lagi, dalam satu langkah yang membawa bank pusat menghampiri penghujung kitaran pengetatannya bagi mengimbangi keperluan untuk mengurangkan sebarang tekanan harga yang berlarutan sambil menjaga momentum pertumbuhan.

Bank Indonesia (BI) menaik­kan kadar kepada 5.75 peratus pada Khamis, sebagaimana yang dilihat oleh 23 daripada 28 ahli ekonomi yang ditinjau oleh Bloomberg.

Negara jiran Indonesia, Malaysia mengekalkan kadar faedahnya di sebalik jangkaan ramai penganalisis akan berlaku kenaikan.

“Keputusan yang lebih me­ge­nai kenaikan kadar dasar adalah langkah susulan ­untuk memasti­kan inflasi dan ­jangkaan ­inflasi, pre-emptif dan berpanda­ngan ke hadapan,” kata Gabenor BI, Perry Warjiyo.

Keputusan itu yang mengambil kira kenaikan terkumpul ­kepada 225 mata asas sejak Ogos, menunjukkan bahawa pihak berkuasa monetari kekal fokus pada penentuan harga.

Inflasi yang tidak dijangka meningkat bulan lalu, mungkin kekal di atas sasaran bank pusat antara 2 hingga 4 peratus didorong oleh kenaikan kos ­makanan dan pengangkutan menjelang Ramadan.

Bank pusat itu turut mengesahkan semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023 antara 4.5 hingga 5.3 peratus.

Inflasi keseluruhan dijangka kembali kepada julat sasaran antara 2 hingga 4 peratus pada separuh kedua tahun ini, kata Perry.

“Pemulihan ekonomi menyokong pemulihan rupiah. Kekuatan mata wang tempatan juga menjadi petanda baik ­untuk menyemak kos import, dan seterusnya kenaikan ­harga,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×