Hutang peminjam Asia lebih tinggi kerana kenaikan faedah AS

Hutang peminjam Asia lebih tinggi kerana kenaikan faedah AS

1mdb
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat-syarikat Asia yang dibebani hutang sedang menuju ke pengiraan tahun ini apabila bon AS$314 bilion (RM1.37 trilion) perlu dibayar, sama se­perti kos pembiayaan semula untuk firma penarafan rendah telah meningkat hampir kepada paras tertinggi bersejarah.

Keadaan ini turut memberi kesan kepada 1Malaysia Deve­lopment Bhd. (1MDB) yang mempunyai bon AS$3 bilion dolar perlu dibayar pada Mac.

Pemiutang akan melihat de­ngan teliti bagaimana kerajaan yang baru dilantik merancang untuk membayar balik hutang syarikat milik kerajaan itu.

Firma daripada Vedanta Resources Ltd India kepada pemaju hartanah seperti China Evergrande Group juga mempunyai hutang mata wang AS yang matang pada 2023, dan secara keseluruhan ia merupakan kumpulan terbesar dalam tempoh lima tahun akan datang, menurut data yang disusun oleh Bloomberg.

Risikonya, lonjakan kos pinjaman mungkin menjadikannya satu cabaran bagi syarikat yang mempunyai penarafan kredit yang lebih lemah untuk men­gumpul dana bagi membayar balik hutang yang matang.

Kos pembiayaan untuk bon dolar di Asia mencecah paras tertinggi dalam sekurang-kurang­nya satu dekad pada 2022.

Moody’s Investors Service te­lah memberi amaran bahawa dalam senario terburuknya, hutang korporat gred spekulatif boleh meningkat empat kali ganda secara global tahun ini.

Di Asia, pemaju hartanah China mengalami sejumlah rekod kegagalan membayar hutang pada tahun lalu, manakala krisis kredit Korea Selatan menyerlahkan betapa cepatnya masalah hutang serantau yang berlaku jauh dari pusat kewangan negara boleh merebak ke pasaran yang lebih luas.

Ketua pendapatan tetap Asia di AXA Investment Managers Asia Ltd di Hong Kong, Jim Veneau berkata, kecairan pasaran dan selera untuk pembiayaan semula akan menjadi cabaran utama pada 2023.

“Pelbagai usaha China untuk menyokong pertumbuhan ekonomi bukanlah ‘penyembuhan,’ tetapi aktiviti pasaran bon utama harus meningkat hasil daripada banyak dasar hartanah yang disasarkan dan berakhirnya langkah sifar-Covid,” katanya.

Walaupun peminjam gred pelaburan daripada firma teknologi terkemuka China kepada bank terbesar Jepun tidak mungkin menghadapi banyak kesukaran da­lam mengumpul da­na, tumpuan akan diberikan kepada cara mereka merancang untuk membayar balik pemiutang mereka.

Kira-kira 22 peratus daripada nota mata wang AS Asia yang akan dibayar pada 2023 adalah sama ada bon bertaraf rendah dengan skor setara BBB yang lebih rendah atau tidak mempunyai sebarang penarafan kredit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×