Akta Perlindungan Data Peribadi perlu ditambahbaik

Akta Perlindungan Data Peribadi perlu ditambahbaik

Sebahagian data pelanggan bank, Suruhanjaya Pilhan Raya Raya (SPR) dan Astro yang didakwa bocor dan dipaparkan dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 perlu ditambahbaik dengan segera setelah melihat keseriusan kebocoran data maklumat rakyat Malaysia yang masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, selain aspek itu, yang penting perlu dilakukan segera sama ada melihat prasarana sama ada melibatkan milik kerajaan atau swasta diperingkatkan daripada segi keselamatan daripada dibocorkan oleh pihak tidak bertanggung jawab.

“Tindakan pantas juga perlu diambil sekiranya berlaku kebocoran data ataupun dakwaan kebocoran data. Pertama untuk memastikan pengguna tahu apakah yang sebenarnya berlaku. Kedua untuk memastikan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sepatutnya.

“Namun paling penting untuk menambahbaik Akta Perlindungan Data Peribadi 2010,” katanya.

Beliau mengulas berhubung status Facebook yang mengongsikan satu hantaran milik pengguna akaun Facebook dengan nama Pendakwah Teknologi yang mendakwa hampir 13 juta maklumat pengguna daripada Maybank, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Astro telah bocor.

Berdasarkan hantaran itu pada 25 Disember 2022 kira-kira pukul 7.56 malam, sebuah laman web telah menyenaraikan 3.5 juta maklumat pengguna Astro, 1.8 juta pengguna Maybank dan 7.2 juta pengguna SPR.

Maklumat yang dibocorkan didakwa membabitkan nama pengguna, nama penuh pengguna, tarikh lahir, alamat serta nombor kad pengenalan.

Namun hantaran tersebut telah dipadam daripada Facebook.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Cybersecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) digesa menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran data maklumat membabitkan 13 juta rakyat Malaysia yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Tegasnya, kebocoran data berkenaan adalah serius kerana membabitkan jumlah maklumat yang banyak.

“Saya akan minta CyberSecurity Malaysia, Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia siasat apakah benar berlaku kebocoran data melibatkan pihak-pihak berkenaan serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.

“Ini satu dakwaan kebocoran yang serius, melibatkan jumlah data yang banyak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×