Biar Mukhriz ulas tentang Pejuang - Marzuki

Biar Mukhriz ulas tentang Pejuang – Marzuki

PEJUANG diyakini mampu menguatkan lagi Perikatan Nasional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Marzuki Yahya enggan mengulas isu dalaman Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Katanya, selaku pemimpin GTA, tidak wajar beliau bercakap bagi pihak Pejuang demi mengelakkan salah faham.

“Saya tak mahu komen tentang Pejuang. Sebab Tun Dr. Mahathir Mohamad pun sudah letak jawatan daripada Pejuang secara rasmi.

“Maka perkara ini biarlah Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir atau Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah yang beri pandangan. Tak sesuai untuk saya komen.

“Kalau untuk GTA, saya boleh menyuarakan pandangan selaku Ketua Setiausaha. Tapi, bagi Pejuang agak tak sesuai kerana jika saya beri komen, nanti ada pula pihak belah sana yang kurang berpuas hati. Ini ngakibatkan masalah tak selesai,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada 16 Disember lalu, Dr. Mahathir meletak jawatan sebagai Pengerusi Pejuang, namun kekal sebagai Pengerusi GTA.

Langkah itu diikuti pemimpin lain Pejuang termasuk Khairuddin Abu Hassan yang meletak jawatan sebagai Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan kerana mendakwa hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Mukhriz.

Dalam pada itu, Marzuki berkata, selaku Ketua Setiausaha GTA, beliau berhasrat menyebarkan kefahaman lebih ramai orang terhadap dasar dan polisi gerakan itu demi membela orang Melayu.

“Matlamat penubuhan GTA bukan sahaja sebagai sebuah parti politik tetapi gerakan orang Melayu yang mempunyai jati diri kuat bagi membentuk sebuah negara.

“Pada masa sama, GTA sebagai platform memperjuang dan menjamin agar kuasa politik Melayu terus kekal di tanah air ini. Selain itu, GTA turut menjaga kepentingan semua kaum,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×