Ketiadaan Tun M bukan pengakhiran Pejuang

Ketiadaan Tun M bukan pengakhiran Pejuang

AZMI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganalisis politik berpendapat bahawa ketiadaan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bukanlah pengakhiran bagi parti itu dalam arena politik.

Penganalisis politik, Prof. Dr. Azmi Hassan berkata, pe­letakan jawatan Tun Maha­thir sebagai Pengerusi Pe­juang tidak menggambarkan parti itu akan terkubur.

“Kemungkinan ada mus­lihat kerana Mukhriz ma­sih kekal sebagai orang kuat Pejuang dan Tun Maha­thir masih kekal sebagai Pe­nge­rusi Gerakan Tanah Air (GTA), jadi saya tak nampak hubungannya terputus seratus peratus dengan Pejuang.

“Bagi saya, akan ada se­suatu yang bakal berlaku dalam masa terdekat me­ngenai arah tuju Pejuang dan GTA dan kemungkinan ada beberapa strategi untuk menguatkan GTA,” katanya ketika dihubungi Utusan Ma­laysia semalam.

Tambah beliau, kekalahan teruk Pejuang semasa PRU15 menunjukkan Pejuang yang juga tonggak utama GTA tidak mampu menarik perhatian orang-orang Melayu.

Menurutnya, UMNO seka­lipun tidak mampu menampung kehendak orang Melayu kerana mereka lebih selesa dengan Pas, Bersatu ataupun Perikatan Nasional.

Sementara itu, penganalisis politik, Dr. Mazlan Ali pula menyifatkan peletakan jawatan Tun Mahathir sebagai perkara yang serius dan tidak ada ruang lagi untuk Pejuang dalam arena po­litik negara.

Katanya, kekuatan Peju­ang berdasarkan kehadiran Tun Mahathir dalam parti itu kerana penubuhannya adalah beraspirasikan ke­pe­mimpinan Tun sendiri.

“Tetapi selepas PRU15 parti itu dilihat hilang keya­kinan apabila tewas di semua kerusi, malah 120 kerusi yang ditandingi hilang wang pertaruhan.

“Kita tidak nampak Pe­juang ini boleh meningkatkan sokongan rakyat kerana orang Melayu banyak menyokong Bersatu, manakala orang bukan Melayu pula lebih kepada Pakatan Harapan (PH),” ujarnya.

Disebabkan itulah jelas beliau, tidak ada masa hadapan lagi bagi Pejuang, ditambah lagi ketiadaan Tun maka, tiada sebab untuk perjuangan Pejuang dibawa ke masa hadapan.

Dalam pada itu, penganalisis politik merangkap Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd. Muis berpendapat, terlalu awal untuk mengatakan Pejuang tidak relevan lagi.

“Naratif yang dibawa oleh Pejuang dilihat masih relevan kerana refleksi daripada PRU15 itu memperlihatkan bagaimana kecenderungan pengundi ataupun kelompok Melayu yang nampaknya begitu mengena dengan idea dan falsafah Pejuang.

“Mungkin masalahnya adalah cara dan konteks Pejuang memposisikan hala tuju dan ideologi perjuangan mereka itu tidak berapa mengena,” katanya.

Terdahulu, Tun Dr. Mahathir disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Pejuang, bagaimanapun beliau kekal sebagai Pengerusi GTA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×