60 usahawan PKS kongsi kunci kejayaan

60 usahawan PKS kongsi kunci kejayaan

RADZ MOHD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 60 bisnes perusahaan kecil dan sederhana (PKS) daripada 20 industri bakal berkongsikan kunci kejayaan yang dikecapi sepanjang 2022, bermula esok.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, perkongsian tersebut dalam program Titan Summit bermula semalam hingga Ahad ini, memfokuskan usahawan mengikut industri agar menjadi inspirasi kepada yang lain.

Jelasnya, 60 bisnes di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman juga akan kongsikan perkara betul dilakukan mereka.

“Mereka ini pemimpin dalam industri masing-masing namun tak lokek kongsikan sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu yang ada bagi manfaat dan persediaan 2023 usahawan di luar sana.

“Semua ini hasil bimbingan Azizan yang sentiasa terapkan untuk kami memberikan manfaat kepada orang lain,” katanya.

Titan Summit merupakan himpunan usahawan jutawan RichWorks mencatatkan jualan lebih RM1 juta, RM10 juta malah RM100 juta setahun yang akan berkongsikan kisah kejayaan masing-masing.

Program percuma itu bermula semalam hingga Ahad dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.

Radz menambah, pihaknya percaya apabila semakin memberi, makin banyak akan diperolehi nanti dalam pelbagai bentuk.

“Sebab itu, saya nak mengajak usahawan-usahawan terutama yang sudah bertahun berniaga namun kekal pada tahap sama untuk ikut serta.

“Jangan lepaskan peluang ini kerana ramai usahawan yang bisnes ‘tersekat’ namun selepas ikuti sesi Titan Summit membuatkan mereka dapat kembali berkembang,” jelasnya.

Sehubungan itu, Radz memberitahu, PKS yang serius de­ngan bisnes perlu hadir dan menyaksikan sendiri bagaimana usahawan industri sama mampu berkembang walaupun ketika berdepan cabaran.

Untuk keterangan lanjut, usahawan-usahawan boleh layari laman web richworks.com/titansummit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×