Petronas, Eni dan Euglena teroka peluang penapisan bio

Petronas, Eni dan Euglena teroka peluang penapisan bio

petronas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Eni S.p.A (Eni) dan Euglena Co., Ltd. (Euglena) bekerjasama dalam menjalankan kajian memba­ngunkan dan mengendalikan loji penapisan bio di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), iaitu antara pembangunan penapisan dan petrokimia bersepadu terbesar di Asia Tenggara.

Ketiga-tiga pihak sedang menjalankan penilaian kebo­lehlaksanaan teknikal dan eko­nomi untuk projek yang dicadangkan, dengan keputusan pelaburan dijangka dicapai men­jelang 2023 manakala loji itu di­sasarkan siap menjelang 2025.

Untuk ditempatkan berse­belahan dengan kemudahan penapisan dan petrokimia bersepadu Petronas sedia ada, loji penapisan bio akan dapat memanfaatkan rantaian nilai bersepadu serta utiliti dan kemudahan sedia ada dalam PIC.

Lokasi strategik kompleks dengan akses mudah ke lorong perkapalan antarabangsa utama juga akan meningkatkan keupayaan loji penapisan yang dirancang untuk memenuhi permintaan yang semakin me­ningkat bagi penyelesaian mampan di seluruh dunia.

Naib Presiden, Penapisan, Pemasaran dan Perdagangan perniagaan Hiliran Petronas, Ahmad Adly Alias berkata, kerjasama itu penting untuk membuka kunci kekuatan rakan kongsi masing-masing dan bersama-sama mengukuhkan kedudukan syarikat dalam bidang biofuel di Malaysia dan seluruh dunia.

“Ia bertepatan pada masanya memandangkan Petronas terus melakar laluannya ke dalam ruang biofuel, menyahkarbon dan mempelbagaikan portfolio pengeluarannya untuk meme­nuhi permintaan global yang semakin meningkat bagi penyelesaian mampan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Evolusi Tenaga Eni, Giuseppe Ricci berkata, pihak­nya berbesar hati dengan projek penapisan bio yang dibangunkan bersama Euglena dan Petronas di Malaysia.

“Kami akan berkongsi pe­ngalaman dan teknologi ter­obosan yang membolehkan syarikat kami membuat penukaran penapisan pertama di dunia kepada loji bio di Porto Marghera, Venice pada 2014 dan yang kedua di Gela, Sicily pada 2019,” ujarnya.

Penapisan bio dijangka mempunyai konfigurasi yang fleksibel memaksimumkan pengeluaran Bahan Api Penerbangan Lestari (SAF) untuk pesawat serta Minyak Sayuran Terhidrogenasi (HVO) untuk kenderaan atas jalan, kereta api berkuasa diesel dan pengangkutan marin.

Fleksibiliti ini akan membolehkan pengeluaran meme­nuhi permintaan tenaga pelanggan yang sentiasa berubah dan berkembang.

Loji penapisan bio juga dijangka mempunyai keupayaan untuk memproses kira-kira 650,000 tan setahun bahan mentah untuk menghasilkan sehingga 12,500 tong sehari biobahan api, iaitu SAF, HVO, dan bio­naphtha.

Bahan mentah yang akan digunakan tidak akan bersaing dengan yang ada dalam rantai makanan seperti yang digunakan minyak sayuran, lemak haiwan, sisa daripada pemprosesan minyak sayuran dan biojisim lain termasuk minyak mikroalga untuk diterokai dalam jangka pertengahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×