PN yakin menang PRN enam negeri

PN yakin menang PRN enam negeri

JENTERA PN sedia mengharungi PRN di enam negeri pada bila-bila masa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) boleh menjadi petunjuk Perikatan Nasional (PN) mampu memenangi semua enam Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya ia dibubarkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim berkata, bagaimanapun pihaknya tidak perlu mengulas lanjut sama ada kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan perpaduan boleh memberi kesan dalam pilihan raya negeri (PRN) atau sebaliknya.

Ahli Parlimen Pendang itu berkata, beliau tidak berminat mencampuri urusan rumah tangga pihak lain dan sebaiknya memberi tumpuan kepada PN sahaja.

“Semua sudah jadi pengetahuan umum dan keputusan PRU15 sudah jadi ‘indikator’ jadi tidak perlu saya komen lagi,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin menyifatkan kebijaksanaan pengundi menilai situasi semasa bakal menjadi penentu PRN di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Katanya, rakyat semakin matang kerana mereka mempunyai pelbagai maklumat selain mengetahui situasi semasa negara dan beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pengundi menilai kerjasama antara PH dan BN yang kini bersama dalam kerajaan.

“Kita serahkan kepada kebijaksanaan pengundi dan saya menyeru terus berikan sokongan kepada PN kerana kita menjanjikan pemimpin bebas rasuah.

“Kita berharap sekali lagi untuk pengundi memberi keyakinan kepada PN seperti yang diberi baru-baru ini pada PRU15. Insya-Allah kali ini kami yakin mendapat sokongan yang lebih,” katanya.

Ditanya persediaan Pas dan PN menghadapi PRN sekiranya enam DUN berkenaan dibubarkan, Ahli Parlimen Jerantut itu berkata, jentera parti telah mengadakan persediaan dari awal lagi.

Katanya, mereka hanya menanti pengumuman pembubaran DUN bagi memberi laluan PRU diadakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×