Petronas berminat sertai projek LNG Abadi

Petronas berminat sertai projek LNG Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) berminat untuk mengambil bahagian dalam pengambilalihan Indonesia ke atas pegangan Shell dalam projek Abadi LNG, menurut pengawal selia minyak dan gas huluan Indonesia pada pendengaran Parlimen negara itu.

Kerajaan Indonesia berkata, konsortium firma tenaga milik kerajaan Pertamina, Penguasa Pelaburan Indonesia (INA)- dana kekayaan negara dan syarikat lain boleh mengambil 35 peratus kepentingan Shell dalam projek gas petroleum cecair Abadi selepas syarikat tenaga itu memberi isyarat niatnya untuk menarik diri.

Pengerusi pengawal selia SKK Migas, Dwi Soetjipto berkata, Petronas juga berminat untuk menyertai dan jika boleh, bekerjasama dengan Pertamina bagi menggantikan Shell.

“Pertamina telah menjalankan kajian bilik data dan akan menyerahkan tawaran tidak mengikat kepada Inpex dan Shell bulan ini,” katanya lapor Reuters.

Petronas tidak memberi sebarang komen ketika diminta mengulas perkara itu, jelas laporan berkenaan.

Menurut laporan itu lagi, syarikat tenaga Jepun, Inpex Corp. mengawal sebanyak 65 peratus daripada projek yang juga dikenali sebagai projek gas Masela di Kepulauan Maluku tenggara Indonesia.

Inpex dijangka menyerahkan pelan pembangunan yang disemak semula pada projek itu untuk memasukkan pemasangan penangkapan karbon dalam pelaburan mereka pada Disember.

Projek itu sebelum ini dijangka menelan belanja sekitar AS$20 bilion (RM91.18 bilon).

Tambah Soetjipto,  selaras dengan rancangan baharu Inpex, diharapkan rakan kongsi baharu juga boleh diputuskan.

“Ini kerana mustahil Inpex menyemak semula tanpa mengetahui siapa rakan kongsi baharunya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×