Tips beli-belah dalam talian secara selamat - Utusan Malaysia

Tips beli-belah dalam talian secara selamat

GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menjelang hujung tahun, banyak jenama dan platform dalam talian mengadakan jualan murah secara besar-besaran. Tempoh itu paling dinantikan ramai antaranya jualan dua digit 11.11 dan 12.12, di samping Krismas dan tahun baharu.

Trend beli-belah dalam talian itu terus meningkat terutama dengan pemberian diskaun eksklusif, penghantaran percuma dan tawaran terhad yang sekali gus memberi lebih tarikan kepada pembeli.

Di sebalik perkembangan itu, pengguna bagaimanapun dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati semasa melakukan aktiviti berkenaan susulan kes jenayah siber yang makin berleluasa kini seperti kecurian identiti diikuti isu berkaitan penghantaran seperti pesanan salah, penghantaran tertunda dan penghantaran tunai (COD).

Ikuti tips mendapatkan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih baik dan selamat:

# Beli dengan bijak

Buat penyelidikan tentang barangan yang ingin dibeli terutama jika harganya sangat mahal.

Langkah pertama ialah dengan melakukan perbandingan harga diikuti membaca ulasan pelanggan tentang produk dan dasar penghantaran platform bagi menyemak sama ada platform atau penjual itu sah sebelum meneruskannya.

Pastikan pembelian dari kedai rasmi atau sah. Platform yang boleh dipercayai perlu mempunyai sambungan dalam talian selamat.

# Rancang terlebih dahulu

Penghantaran berkemungkinan lewat pada musim perayaan, oleh itu lakukan perkara berikut bagi mengelakkan situasi berkenaan. Pastikan mempunyai seseorang untuk menerima bungkusan ketika masa penghantaran yang dijadualkan.

Jika tiada, pastikan ada tempat yang selamat untuk penghantar meninggalkan barangan anda.

Sebagai alternatif, maklumkan dan kemas kini status anda secepat mungkin untuk menjadualkan semula penghantaran.

Ini akan membantu mengurangkan masa perjalanan kurier. Di samping itu, anda juga boleh menguruskan pakej untuk diambil sendiri di lokasi berhampiran.

# Elak penipuan

Penipuan penghantaran bukan perkara asing di Malaysia terutama dengan peningkatan jumlah pembelian secara dalam talian.

Antara trend penipuan kini ialah memikat pelanggan membayar COD untuk bungkusan yang tidak beli atau tidak sepadan dengan pembelian yang diharapkan.

# Elak penipuan dengan mengikuti langkah berikut:

* Lakukan penyelidikan latar belakang. Semak kebolehpercayaan platform atau penjual terutama di luar negara.
* Hanya beli dari platform dan penjual yang bereputasi (lihat ulasan pelanggan).
* Kekal berwaspada dengan taktik terbaharu penipu kerana mereka cenderung menjadi kreatif dari hari ke hari.
* Jika boleh, pilih pembayaran tanpa tunai.
* Jika harganya terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, maka ia mungkin benar.
* Jika anda membuat pengaturan COD, pastikan orang yang akan menerima tahu supaya mereka sedar
* Jika bungkusan yang tiba telah dibayar, pastikan anda memberitahu orang yang menerimanya.
* Jangan teragak-agak untuk menolak bungkusan anda jika merasakan ada sesuatu yang tidak berfungsi.
* Lindungi privasi anda dan elak daripada mendedahkan maklumat peribadi.

# Hati-hati buang bungkusan

Setiap bungkusan mengandungi maklumat peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon. Kesemua maklumat peribadi itu tidak sepatutnya jatuh ke tangan yang salah. Buang bungkusan dan keluarkan sebarang maklumat peribadi yang boleh dilihat.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×