Tekanan politik, jejas kesihatan mental - Utusan Malaysia

Tekanan politik, jejas kesihatan mental

Kenaikan OPR menyebabkan ramai mengadu rumah nak kena lelong. - – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOLONGAN yang bergelut dengan masalah kewangan lebih mudah terdedah kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan, penyalahgunaan dadah dan alkohol serta kecenderungan membunuh diri.

Ulas Aktivis di Ikram Muda Malaysia, Asim Mohd. Hatta, semakin tinggi hutang yang ditanggung seseorang, semakin tinggi kebarangkalian mereka ditimpa gangguan mental.

Katanya, masalah kesihatan mental berkait rapat dengan isu deprivasi, kemiskinan dan ketidaksamaan yang merupakan penentu kesihatan sosial.

“Menurut satu kajian, selepas peningkatan kadar pengangguran, berlakunya peningkatan kadar bunuh diri di negara-negara Kesatuan Eropah dan Amerika Utara.

“Selain pergolakan politik domestik di kebanyakan negara baru-baru ini menyerlahkan sisi buruk iaitu suasana kacau-bilau yang dihadapi oleh ramai belia,” katanya.

Jelas beliau, pendedahan kepada tekanan dan konflik politik bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan mental individu, tetapi juga masa depan belia.

“Dari sudut sosioekonomi, kedua-dua sistem ekonomi dan sistem politik adalah faktor penentu kesihatan mental. Kemerosotan ekonomi boleh menyebabkan gangguan kognitif dan afektif akibat gabungan banyak faktor seperti pengangguran, pengurangan saiz perkhidmatan perubatan dan sosial, serta pengurangan perbelanjaan awam,” katanya.

Sebagai penyelesaian, ujar beliau, pemimpin perlu berperanan menghadapi isu ini dengan program perlindungan sosial yang dirancang secara strategik untuk golongan yang berisiko.

Di samping langkah-langkah kebajikan sosial yang meluas melangkaui isu kesihatan mental, penyediaan perkhidmatan rawatan asas kesihatan mental, program pasaran buruh aktif, program sokongan keluarga dan keibubapaan, kawalan alkohol serta promosi modal inisiatif sosial perlu menjadi batu asas kepada kesejahteraan kesihatan mental.

INFO

Satu kajian di Amerika Syarikat ke atas 800 rakyat mendapati lebih 25 peratus berasa tertekan apabila calon politik mereka kalah dalam pilihan raya, manakala satu perlima kehilangan waktu tidur kerana politik.

20 peratus responden melaporkan mengalami keletihan kerana berita politik dan 29 peratus melaporkan yang mereka kehilangan kesabaran berkaitan politik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×