PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan semula. Selepas beberapa bulan rakyat negara ini melalui fasa PKP Bersyarat sehinggalah kepada PKP Pemulihan, namun semuanya nampak tidak berhasil dalam melandaikan lengkuk pesakit Covid-19.
Ibarat air besar, sampan tak hanyut. Semua yang dirancang tidak mencapai apa-apa. Jumlah rakyat yang dijangkiti virus mencecah lebih 2,000 pesakit setiap hari.
Jangkitan pantas virus pembunuh ini banyak dipengaruhi kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP). Semuanya bergantung kepada tindak tanduk seseorang itu.
Mulai 12.01 tengah malam ini, PKP, PKPB dan PKPP akan dikuatkuasakan di negeri-negeri berpilih bermakna penduduk di negara ini akan melalui tempoh dua minggu yang kritikal untuk menurunkan angka jangkitan yang besar sekali gus memutuskan rantaian penularan Covid-19.
Peningkatan mendadak kes positif Covid-19 menakutkan. Sehingga 10 Januari lalu, dilaporkan penggunaan katil di hospital-hospital kerajaan mencapai lebih 70 peratus.
Di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya dilaporkan penggunaan katil untuk pesakit tenat Covid telah mencapai 100 peratus, manakala Hospital Sungai Buloh mencatat 83 peratus. Katil-katil menempatkan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) di lima buah hospital telahpun meningkat lebih 70 peratus.
Apabila kerajaan melonggarkan syarat dengan membenarkan pergerakan merentas negeri dan daerah, ratusan ribu rakyat bersorak gembira seolah-olah bala Covid-19 sudah berakhir. Semua mencatur percutian dan perjalanan ke seluruh pelusuk ceruk untuk mencari keseronokan.
Kata keramat `ingat sebelum kena’ dilupakan. Tengok sahajalah lautan manusia yang memenuhi tempat-tempat tumpuan awam. Berapa peratuskah mereka yang mematuhi SOP?
Akhirnya, angka positif Covid-19 kembali meningkat dan jangan salahkan kerajaan sekiranya perintah kawalan yang lebih ketat menarik semula kebebasan yang diberikan sebelum ini.
Kesan pelaksanaan kawalan yang lebih ketat akan meninggalkan banyak kesan terhadap ekonomi, kehidupan dan emosi.
Siapa yang sepatutnya dipersalahkan. Kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan kerana tindakan drastik dibuat untuk menyelamatkan nyawa.
England, Wales, Scotland dan Australia antaranya kembali melaksanakan lockdown. Sekolah ditutup dan diteruskan dalam talian. Perniagaan tidak seperti dahulu. Semua mengeluh.
Akibat kecuaian kita sendiri, jadilah kita macam burung diam dalam sangkar, orang yang terikat selamanya dengan peraturan. Biarlah tempoh dua minggu menjadi penamat selepas ini.
Meor Harman Meor Shakri adalah Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Dua minggu yang mencabar

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved