BUKAN mudah untuk jadi calon pilihan raya. Apa lagi pilihan raya umum ke-15 yang menyaksikan 1.4 juta pengundi 18 hingga 20 tahun turut terselit dalam senarai 21 juta pemilih yang akan buat pilihan 19 November.
Saingan naik podium calon emas sungguh sengit. Ada nama sudah masuk senarai pendek yang ikut rating 70-80 peratus pasti terpilih. Tapi tiba-tiba ada orang potong tang selekoh. Berjaya potong bukan kerana rekod dirinya yang cemerlang tetapi kerana cerdik main kabel sampai sanggup ‘cium tangan, pegang kaki’ mengendeng presiden parti.
Lebih pedih lagi ada yang sudah dapat watikah calon, siap bergambar dilaporkan media lagi, tetapi dalam perjalanan menuju ke pusat penamaan calon, nama ditukar orang lain. Sedih, kecewa kan?
Bukan sahaja di masa lepas, malah dalam empat siri pilihan raya negeri dari 2020, ada kalangan bekas menteri, ketua menteri dan pernah menjadi speaker Dewan Rakyat pun masih teraba-raba gagal mencongak diri sendiri.
Baca situasi sekeliling ikut syok sendiri sehingga tetap mahu bertanding. Akibatnya mereka ini kalah teruk. Eh! ada satu parti itu sudah ‘pergi ke bulan’ dah dengan bertanding menguji kekuatan dari negeri ke negeri, takkan kita masih duduk di takuk lama bermain-main di tepian?
Pengajaran yang boleh ditimba ialah seseorang itu jangan terlalu lama berada dalam pucuk pimpinan negeri atau parti. Orang keliling mungkin menyanjung saban hari dengan ungkapan seperti “Datuk hebat…mesti sambung lagi”.
Tapi hakikatnya rakyat sudah letih dengan kerenah pemimpin. Pengajaran ini boleh dipakai oleh semua pemimpin, cuma pembezanya ialah kebolehan memakmurkan kehidupan rakyat.
Sukar sebenarnya mencari pemimpin yang sekurang-kurangnya dia berpuas hati dengan rekod bahawa dia telah menunaikan tanggungjawab memupuk ‘benih baharu’ supaya menjadi pokok rendang yang menaungi perjuangan.
Sama ada orang yang dibenihkan itu benar-benar jadi pokok yang rendang dan bermanfaat atau sebaliknya hanya masa dan sejarah yang menilai dan menentukan.
Dan malangnya juga ada yang menjadi dedalu. Hidup di pangkal dahan pokok-pokok rendang dan sentiasa duduk di atas. Dedalu-dedalu atau parasit ini kemudian membesar dan merimbun di pokok rendang. Kalau terjumpa, perlu dibuang, ia musuh utama malam dan siang.
Kejujuran dan keikhasan penting. Biar tidak terpilih jadi calon, hati tetap berlapang dada dan mahu memenangkan parti. Jangan jadi ‘cah keting’. Ibarat kisah anai-anai yang setia dan bersatu hati menjaga busut dari serangan musuh. Anai-anai tidak pernah berperang sesama sendiri tapi bergerak sebagai pasukan dalam memastikan kelangsungan koloni. Rumah besar boleh digigit hingga runtuh. Tapi busut sanggup dipertahan hingga mati.
Namun dalam taktik politik, berkata “tidak” bukan semestinya bererti “tidak. “Tidak” boleh membawa erti “ya”. Demikianlah setiap parti politik akan ada ‘abu jahalnya’.
Mungkin ramai akan hilang ‘paku’ di bahu masing-masing selepas PRU15, justeru terpaksa jadi gurkha atau memilih bersara sahaja. Sementara itu akan ada para jeneral baharu yang akan meneruskan perjuangan.
Patah tumbuh hilang berganti sudah jadi amalan alam. Manusia mesti akur pada takdir-Nya.
Zulkifli Jalil adalah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Calon wibawa, bukan ‘pegang kaki’ presiden

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved