Intramas sasar pendapatan tahunan RM100 juta

Intramas sasar pendapatan tahunan RM100 juta melalui pemasangan solar

IRMOHIZAM Ibrahim (tiga kanan) bersama Lee Choo Boo (dua kanan) dan Saad Zaman (tiga kanan) menunjukkan dokumen perjanjian persefahaman bagi usahamasa pemasangan panel sistem solar bumbung PV 501 kilowatt-peak (kWp) pada Majlis Pelancaran Platform Pembiayaan Teknologi Hijau Itramas - Buru Energy di WTCKL Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat kejuruteraan terkemuka dalam teknologi hijau dan kerja-kerja awam Malaysia, Intramas Corporation Sdn. Bhd. menyasar meraih pendapatan RM100 juta setahun melalui hasil pemasangan solar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Choo Boo berkata, jumlah berkenaan selari dengan sasaran kontrak pemasangan solar di antara 400 hingga 500 setahun di dalam negara serta ASEAN.

“Kebiasaannya bila sesebuah syarikat menggunakan tarif elektrik biasa harganya  di antara 40 sen hingga 50 sen dan apa yang kami cuba lakukan adalah membantu mereka mengurangkan kos berkenaan melebihi 10 peratus.

“Strategi kami juga adalah untuk menggalakkan orang ramai ke arah teknologi hijau dengan ia tidak akan melibatkan kos tambahan malah mungkin lebih murah daripada apa yang mereka bayar untuk elektrik sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada  Majlis Pelancaran Platform Pembiayaan Tenaga Hijau di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Hadir bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Burj Energy International Management Ltd, Saad Zaman dan Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

Ditanya mengenai tempoh pulangan pelaburan (ROI) pemasangan solar membabitkan syarikat, Choo Boo berkata ia mengambil masa sekitar tujuh hingga lapan tahun.

“Kami bersama Burj turut menawarkan bantuan sokongan jangka masa panjang kerana selain ROI kami mendapati wujudnya kembimbangan pelanggan mengenai bantuan sokongan berkaitan pemasangan solar ekoran ia sesuatu yang baharu buat mereka.

“Jadi ROI adalah satu aspek dan bantuan sokongan dan jaminan jangka masa panjang pula satu aspek yang lain bagi memastikan sistem ini beroperasi untuk tempoh 20 hingga 25 tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, WTCKL menjadi pusat dagangan dunia pertama yang dikuasakan oleh tenaga hijau apabila dipasang dengan sistem panel solar di atas bumbungnya berkapasiti 501 kilowatt puncak (kWp).

Saad dalam ucapannya berkata, projek tersebut konsisten dan seiring dengan matlamat sifar karbon malaysia disamping menunjukkan komitmen WTCKL ke arah persekitaran mampan.

“Menyiapkan projek ini adalah peristiwa penting bagi Itramas dan Burj Energy, yang bersama-sama melangkah ke mod perjanjian pembelian tenaga (PPA) melalui pelaksanaan dan pembiayaan projek di Malaysia.

“Itramas telah mewujudkan jejak antarabangsanya dengan berjaya mengeksport produk berjenamanya sendiri ke beberapa pasaran yang paling mencabar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN