Metrojaya perkenal kedai `next-gen' di Lalaport

Metrojaya perkenal kedai `next-gen’ di Lalaport

MAJLIS pelancaran Metrojaya ‘next-gen’ di Lalaport Bukit Bintang City Centre, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Metrojaya memperkenalkan kedai `next gen’ terbaharu di Lalaport Bukit Bintang City Centre, buat peminat setia gedung beli-belah itu.

Gedung beli-belah terkemuka itu menyediakan barisan produk-produk eksklusif daripada jenama terkenal seperti Bill Keith, Yani Bakhtiar, Cynthia Tang, dan beberapa jenama yang hanya terdapat di LaLaport Metrojaya.

Menurut Pengerusi Metrojaya Department Store, Adrew Khoo Boo Yeow, dengan lokasi strategik di pusat bandar raya Kuala Lumpur, Metrojaya membawa pelbagai pilihan menarik daripada fesyen sehingga kelengkapan rumah untuk memenuhi keperluan peminat mereka.

“Kedai ini pasti memberi nafas yang baharu dengan trend global terkini untuk membantu pelanggan membina kehidupan yang moden dengan produk gaya hidup berjenama yang terdapat khas di Metrojaya seperti East India Company, Somerset Bay, Cape Cod dan Living Quarters selain daripada koleksi eksklusif Metrojaya yang lain,” katanya dalam kenyataan.

Kata beliau, Metrojaya komited untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggannya dengan menghasilkan produk memenuhi pilihan dan gaya hidup yang tersendiri.

Mementingkan mutu dan kualiti, Metrojaya katanya, mengumpulkan koleksi terkini yang boleh didapati di dunia, memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih apa sahaja mengikut citarasa mereka.

“Kami sentiasa mengemaskini pilihan kami demi menyediakan produk terkini untuk pelanggan dan memenuhi keperluan gaya hidup mereka,” katanya.

Selain produk gaya hidup yang chic, Metrojaya LaLaport akan menjadi yang cawangan pertama menyediakan vendor kopi tersendiri untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan.

“Vendor kopi yang disediakan bukan sahaja untuk membolehkan pelanggan kami bersantai dengan minuman kegemaran mereka, malah kami juga akan menyediakan bengkel yang menyeronokan untuk mereka yang berminat untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

“Ciri terbaharu ini akan tersedia di Metrojaya tidak lama lagi. Kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk mengambil bahagian dalam keseronokan ini sambil meluangkan masa mereka bersama kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×