Penderaan: Lapor talian kasih, NGO - Utusan Malaysia

Penderaan: Lapor talian kasih, NGO

ROZALLI HASHIM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERBUATAN keji dan penderaan fizikal atau seksual perlu dilaporkan segera kepada pihak berwajib, bukannya menyorokkan kejadian berkenaan.

Perbuatan berdiam diri atau hanya menuding jari bukan jalan penyelesaian, sebaliknya ia hanya akan menjadikan pemangsa bebas melakukan keganasan dan jenayah diingini sesuka hati lantaran tidak diketahui pihak berwajib.

Ketua Kumpulan Fokus Institusi Keluarga Utuh, Kluster Masyarakat Progresif, Pertubuhan Ikram Malaysia, Rozalli Hashim berkata, talian untuk membuat aduan adalah selamat untuk mangsa dera dan keganasan berkongsi masalah dan melaporkan sesuatu kejadian.

“Simpanlah nombor talian hotline seperti Talian Kasih atau pusat-pusat panggilan yang disediakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk tujuan aduan segera.

“Selain keluarga, masyarakat juga mestilah memainkan peranan untuk membendung kejadian penderaan ke atas kanak-kanak dan wanita.

“Ahli-ahli keluarga dan kanak-kanak juga perlu dimaklumkan mengenai perbuatan yang menjurus kepada penderaan termasuk sentuhan-sentuhan selamat dan tidak selamat,” katanya kepada Seri.

Aplikasi WhatsApps, Think I Need Aid (TINA) di talian 018-9888058 dan Talian Kasih 15999 merupakan antara talian prihatin masyarakat yang boleh diakses orang awam.

Penderaan dan keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita bukanlah perkara baharu.

Baru-baru ini Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, memaklumkan sebanyak 1,055 kes penderaan kanak-kanak direkodkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2022.

Daripada jumlah tersebut, 707 membabitkan kanak-kanak perempuan dan 417 adalah kes penderaan seksual.

GAGAL MELINDUNGI
Rozalli berkata, peranan lelaki sebagai suami, bapa, datuk, abang dan adik, umumnya melindungi dan bertanggungjawab kepada ahli-ahli keluarga dan wanita.

Katanya sekiranya mereka menjalankan fungsi dengan amanah, ramai yang akan selamat.

Namun, jika sebaliknya ia boleh mengundang banyak masalah seperti penderaan dan keganasan.

“Apabila pelaku itu adalah bapa, aspek kerahsiaan dan hubungan kekeluargaan menambahkan lagi kerumitannya.

“Mangsa berdepan trauma yang amat kompleks. Hilang kepercayaan, berasa diri dikhianati, rasa bersalah, takut, kemurungan dan boleh mendatangkan idea untuk membunuh diri, antara implikasi penderaan domestik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×