Tindakan JKR dianggap pilih kasih - Utusan Malaysia

Tindakan JKR dianggap pilih kasih

Keadaan Khairy Jamaluddin yang cedera di muka selepas terlibat dalam satu kemalangan semasa mengayuh basikal di Kampung Sri Chedding, Banting, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEMALANGAN membabitkan jalan berlubang di negara ini bukan sesuatu yang baharu sebaliknya berlaku hampir setiap hari sehingga banyak aduan yang dibuat kepada pihak berwajib.

Malangnya, banyak aduan yang dibuat dipandang sebelah mata oleh mereka, namun baru-baru ini apabila Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terlibat dalam kemalangan selepas basikal yang ditunggangnya jatuh akibat mengayuh di laluan tidak rata di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor mendapat tindakan segera dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat.

Bukan sahaja jalan tersebut diturap segera, malah pihak JKR turut membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Twitter.

Tindakan pihak JKR tersebut dikecam teruk oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan layanan yang dianggap double standard, sedangkan aduan yang dibuat oleh orang awam tidak pula mendapat layanan sebegitu.

Bahkan, menyebabkan keadaan jalan yang berlubang dibiarkan agak lama sebelum diturap oleh pihak berwajib sehingga berlaku kemalangan berulang kali.

Diharap pihak berwajib memberi layanan yang sama rata tanpa mengira status berhubung isu ini kerana ia melibatkan nyawa seseorang.

HASSAN MALIK
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×