Kim Jung-youn remaja terkaya di dunia

Kim Jung-youn remaja terkaya di dunia

Arwah bapa Kim Jung-youn, Kim Jung Ju dilaporkan memiliki kekayaan AS$10.9 bilion, dan merupakan individu ketiga terkaya di Korea Selatan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Remaja Korea Selatan berusia 18 tahun, Kim Jung-youn, menjadi remaja terkaya di dunia, menurut senarai bilionair Forbes, semalam.

Menurut Forbes, Jung-youn dan kakaknya, Kim Jun-min masing-masing memiliki 30.78 peratus pegangan saham dalam syarikat Korea Selatan, NXC.

NXC merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat Nexon yang tersenarai di Jepun, dengan kepentingan hampir 48 peratus.

Jung-youn dan Jung-ju merupakan anak perempuan kepada Kim Jung-ju, iaitu pengasas Nexon, yang meninggal dunia Februari lalu, pada usia 54 tahun.

Sebelum meninggal dunia, Jung-ju tersenarai individu ketiga terkaya di Korea Selatan tahun lalu dengan nilai kekayaan berjumlah AS$10.9 bilion (RM49.74 bilion), di belakang taikun farmaseutikal Seo Jung-jin dan Naib Pengerusi Samsung Electronic, Jay Y Lee.

Forbes berkata, kepentingan adik-beradik itu dalam NXC dianggarkan bernilai AS$2.5 bilion setiap seorang.

“Selepas ditolak cukai, mereka mempunyai kekayaan bernilai lebih AS$1.5 bilion (RM6.84 billion) setiap seorang. Nilai bersih harta Jung-youn dan Jung-min dianggarkan bernilai AS$1 bilion (RM4.56 bilion) seorang,” jelas Forbes dalam laporannya, sambil menambah Korea Selatan antara negara yang mempunyai cukai warisan tertinggi di dunia.

Menurut laporan itu, isteri Jung-ju, Yoo Jung-hyun, yang sudah pun bergelar bilionair, mewarisi 4.57 peratus pegangan dalam NXC.

Jelasnya, Yoo, 53, membantu Jung-ju membagunkan Nexon pada 1994 dan kekal sebagai pemegang saham terbesar dalam syarikat itu dengan kepentingan sebanyak 34 peratus.

“Ia menjadikan Yoo tersenarai dalam 50 individu terkaya di Korea Selatan dengan kekayaan bersih bernilai AS$3 bilion (RM13.7 bilion),” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×