Amir Khusyairi tanding Parlimen di Perak? - Utusan Malaysia

Amir Khusyairi tanding Parlimen di Perak?

Amir Khusyairi Mohamad Tanusi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Pilihan Raya kecil (PRK) DUN Slim pada tahun 2020, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi tidak menolak kemungkinan bertanding pada PRU15. Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) Pejuang itu sedia bertanding jika diberi kepercayaan oleh parti. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Amir Khusyairi yang merupakan seorang peguam dan Penyelaras Pejuang Tanjung Malim me­ngulas peluangnya untuk ber­tanding PRU15.

UTUSAN: Bagaimana sambutan rakyat khususnya di Perak terhadap Pejuang dan Gerakan Tanah Air (GTA).
AMIR KHUSYAIRI: Pejuang telah mula dikenali dan dirasakan kehadirannya di beberapa Parlimen seperti Tambun, Bukit Gantang, Teluk Intan, Kuala Kangsar, Lumut dan Sungai Siput.

Penerimaan masyarakat sa­ngat positif dan diterima baik terutamanya kalangan anak muda. Saya fikir ini mungkin kerana faktor anak muda lebih cenderung untuk turut serta dalam program yang dapat menarik minat mereka tanpa me­ngira siapa atau parti mana yang anjurkan.
Apa yang Pejuang tawarkan kepada rakyat?

Memuatkan artikel berkaitan…

Saya yakin dan percaya Pejuang dan GTA adalah benteng terakhir untuk politik orang Melayu. Parti Melayu yang sedia ada seperti UMNO, Pas dan Bersatu sudah terpalit dengan pelbagai isu dan hilangnya prinsip dan pegangan untuk orang lain percayai. Pejuang dan GTA adalah perisai orang Melayu yang sebenar.

Sebagai calon PRK Slim, ada­kah masyarakat mengenali an­da?

Kalau di Slim saya percaya masih ramai yang mengenali saya. Cumanya selepas berakhirnya PRK Slim tempoh hari, saya lebih aktif dengan Pejuang di peringkat nasional kerana diamanahkan untuk meme­gang portfolio Pengerusi Biro NGO.

Adakah akan bertanding PRU?
Jika diberi peluang dan sekali lagi diberi kepercayaan oleh parti, ya saya akan ber­tanding.

Bertanding kerusi Parlimen atau DUN?
Jika parti mengamanahkan saya bertanding di kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen, saya bersedia. Cumanya pada saya adalah lebih baik saya fokus kepada salah satu. Beri peluang pada ahli kami yang lain yang juga layak. Kalau boleh bertan­ding di Perak sebab ini negeri kelahiran saya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×