Niaga hadapan emas AS meningkat

Niaga hadapan emas AS meningkat

Pengukuhan dolar AS, terus memberi kesan kepada harga emas di pasaran global. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Harga emas diniagakan dalam julat yang ketat pada Selasa, apabila pelabur bersikap berhati-hati dengan tumpuan kepada keputusan dasar Rizab Persekutuan (Fed) minggu ini yang dijangka menaikkan kadar faedah secara agresif untuk mengekang inflasi.

Emas spot kekal pada AS$1,676.12 (RM7,629.70) seauns, dalam sesi awal pagi semalam.

Niaga hadapan emas AS bagaimanapun meningkat sebanyak 0.4 peratus kepada AS$1,685.50 (RM7,672.40).

Fed, pada mesyuarat dasarnya, dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas (bps) lagi, dengan peserta pasaran melihat peluang untuk kenaikan sebanyak 100 mata asas.

“Hasil Perbendaharaan lebih tinggi, dolar yang lebih kukuh dan jangkaan Fed lebih agresif menaikkan kadar faedah, menjadi halangan untuk harga emas,” kata pakar strategi pasaran IG, Yeap Jun Rong.

Menurut penganalisis pasaran, kadar faedah yang meningkat akan menjejaskan daya tarikan terhadap emas.

Walaupun indeks dolar merosot sebanyak 0.2 peratus, namun ia tidak jauh daripada paras tertinggi 20 tahunnya. Dolar yang lebih kukuh menjadikan emas lebih mahal untuk pemegang mata wang lain.

Kebimbangan terhadap inflasi juga telah mendorong bank pusat lain di seluruh dunia untuk mengetatkan dasar monetari masing-masing.

Emas spot mungkin mengetepikan rintangan pada paras AS$1,685 (RM7,670.12) sebelum jatuh kembali, menurut penganalisis teknikal Reuters, Wang Tao.

Sementara itu, perak spot turun 0.6 peratus kepada AS$19.50 (RM88.80) seauns. Platinum pula jatuh 0.1 peratus kepada AS$918.51 (RM4,181.06) dan paladium ssuut 2.4 peratus kepada AS$2,172.19 (RM9,887.81) – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×