Parti kecil bukti amalan demokrasi subur

Parti kecil bukti amalan demokrasi subur

UMT
MOHD. IZANI MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kewujudan ‘parti-parti kecil’ dalam arena politik negara melambangkan amalan demokrasi yang subur kerana ia bertindak sebagai parti yang memberi tawaran baharu kepada pengundi.

Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, kewujudan parti-parti kecil sangat penting untuk menunjukkan amalan politik demokrasi negara dan seharusnya diberikan peluang yang sama untuk bersaing.

Katanya, parti-parti kecil se­ring bergerak secara sendirian kerana sekiranya berada dalam gabungan atau bersekutu mungkin menyebabkan nilai titik perjuangan mereka larut dengan dasar bersama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari segi amalan demokrasi, kewujudan parti-parti kecil ini memang sangat penting untuk menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang demokratik, peluang yang sama diberi kepada parti-parti lama harus turut diberi kepada mereka.

“Parti-parti tersebut dapat memberi banyak lagi pilihan pada pengundi semasa PRU15, pengundi sudah mula mahukan perkara baharu yang boleh membawa Malaysia ke peringkat lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi membayangkan bahawa Pi­lihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin hampir dan akan diadakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa tiada mana-mana parti memperoleh majoriti mudah pada PRU15 dan perlu me­ngadakan kerjasama dengan parti lain untuk menubuhkan kerajaan.

Mohd. Izani berpendapat, parti kecil bukan sebuah parti yang boleh menjadi king ma­ker kerana pencapaian di Pilihan Raya Negeri (PRN) belum lagi di peringkat cemerlang.

“Walaupun dari segi realiti­nya parti-parti kecil ni mereka tidak ada kekuatan untuk menang PRU15 melainkan bekerjasama dengan parti-parti lain. Peluang mereka memang tidak besar sekiranya terus bersendirian dan tidak berpaut dengan kekuatan parti lain.

“Saya tak nampak parti-parti kecil ni boleh jadi king maker, dari segi sejarah pilihanraya sebelum ini pun mereka bukan parti yang mendapat keputusan baik, mereka tiada rekod cemerlang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×