Isu kafir: Pemuda Pas tidak mahu beri respon berlebihan -

Isu kafir: Pemuda Pas tidak mahu beri respon berlebihan

AHMAD Fadhli Shaari (kanan) hadir melihat pertunjukan biri-biri Domba Garut di Tendong Pasir Mas, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS : Dewan Pemuda Pas Malaysia beranggapan pihaknya tidak perlu memberikan respon secara berlebih-lebihan kepada Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melabelkan Pas sebagai kafir.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan itu dilihat sudah tidak relevan hari ini dan 90 peratus rakyat bijak dalam membuat penilaian.

Menurutnya, rakyat hari ini lebih berminat untuk mengetahui parti mana yang boleh mendatangkan polisi yang baik untuk menjamin kehidupan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isu sekarang ini bagaimana rakyat nak survive, nak makan, rumah  mereka nak bayar tiap-tiap bulan. 

“Tetapi, kalau kita bawa balik isu kafir-mengkafir ini ia tidak sihat untuk negara kita pada hari ini,” katanya kepada pemberita pada program Pertunjukan Biri-biri  Domba Garut di Tendong hari ini.

Media semalam melaporkan, Dr. Mahathir mendakwa Pas kini adalah parti kafir berikutan tindakannya bekerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi memperoleh kedudukan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu bagaimanapun tetap menghormati Dr. Mahathir dan menganggap itu lontaran pandangannya sebagai orang lama dalam politik.

Katanya, Pemuda Pas mendengar apa yang disebut oleh Dr. Mahathir dan menyifatkan bukan masa untuk memberikan respon secara berlebihan.

Dalam perkembangan lain katanya, Pemuda Pas Malaysia bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) dan akan adakan perlancaran jentera Pemuda Pas Malaysia pada 1 Oktober ini di Besut Terengganu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×