NEW YORK: Bursa saham Amerika Syarikat (AS) menjunam lebih 1,000 mata, kejatuhan terburuk sejak 11 Jun 2020, selepas data inflasi Ogos meningkat 0.1 peratus kepada 8.3 peratus, sekali gus mengejutkan para pelabur.
Berikutan itu, pasaran bimbang inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan akan mendorong Rizab Persekutuan (Fed) menaikkan kadar faedah dengan lebih agresif, sekali gus memberi kesan kepada ekonomi AS yang dalam proses pemulihan.
Dalam sesi dagangan semalam, Dow Jones jatuh hampir 1,300 mata atau 4 peratus sebelum loceng penutup. Sementara S&P 500 dan Nasdaq masing-masing jatuh 4.3 peratus dan 5.2 peratus.
Selain laporan Indek Harga Pengguna, para pelabur kini menanti satu lagi mengumuman di mana kerajaan akan mengeluarkan angka untuk Indeks Harga Pengeluar. Ahli ekonomi menjangkakan lebih banyak angka inflasi daripada laporan tersebut.
Penganalisis menjangkakan IHP pada kadar 7.1 peratus atau peningkatan sekitar 8.8 peratus tahun ke tahun, menurut Bloomberg.
Kebimbangan besar Wall Street ialah kadar yang lebih tinggi akhirnya akan membawa kepada kelembapan ekonomi atau bahkan kemelesetan.
Pasaran saham telah mencatat `keuntungan’ selama empat hari berturut-turut sebelum kejatuhan pada Selasa.
Seorang ahli strategi mencadangkan, mungkin terdapat lebih banyak `kesakitan’ pada pasaran di hadapan. Malah katanya, peniaga mungkin telah membuat kesilapan dengan mengandaikan bahawa inflasi tidak lagi menjadi masalah utama kepada ekonomi.
“Pelabur jelas telah mencapai tahap berpuas hati dengan kenaikan 5 peratus sepanjang minggu sebelumnya. Reaksinya teruk, tetapi hanya membawa Indeks S&P 500 kembali ke paras pada Rabu lalu,” kata Mark Hackett, ketua penyelidikan pelaburan di Nationwide. – AGENSI










