DAP tubuh cawangan Parit diterajui Melayu

DAP tubuh cawangan Parit diterajui Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: DAP Perak dikatakan da­lam proses untuk menubuhkan cawangan parti itu di Parit, kawasan Parlimen yang majoriti­nya pengundi Melayu.

Sumber berkata, lebih daripada 300 orang telah mengambil borang keahlian dan setakat ini lebih 200 borang telah dikembalikan untuk menyertai parti itu.

Katanya, semua yang memohon keahlian itu merupakan orang Melayu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika semuanya berjalan me­ngikut jadual, cawangan DAP Parit mungkin akan dirasmikan pada 15 September ini. Cawa­ngan Parit akan menjadi cawa­ngan pertama DAP di Parit dan Perak Tengah.

“Ahlinya semua Melayu. Setakat ini penggeraknya belum ada kerana tiada lagi jawatan secara rasmi dan belum dimaklumkan kepada RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan).

“Pihak pimpinan DAP Perak ada memberikan bantuan dari segi perbincangan nak tubuh ca­wangan di Parit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurutnya, penubuhan DAP Cawangan Parit timbul berikutan masalah dalam parti-parti lain dan menolak amalan kronisme dalam kalangan pimpin parti.

“Ramai yang mahu menyer­tai Pakatan Harapan (PH) di Parit, jadi Cawangan DAP Parit ini sebagai alternatif atau platform kepada mereka yang mahu bergerak dalam politik di Parit,” katanya.

Katanya, penubuhan cawa­ngan DAP di Parit yang merupakan kawasan majoriti Melayu bukan sesuatu yang pelik kera­na parti itu semakin diterima semua kaum.

“Parlimen Parit tidak boleh dikatakan deposit tetap Barisan Nasional (BN), mereka kalah di Parlimen itu kepada Pas,” kata­nya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), BN mengekalkan kerusi Parlimen Parit dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja dan Bota. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×