Dewan Ulama Pas cadang syarat bertanding pilihan raya diperketat

Dewan Ulama Pas cadang syarat bertanding pilihan raya diperketat

pas
Sebahagian perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara hadir ke Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ke-63 di Alor Setar hari ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERAI: Dewan Ulama Pas mencadangkan kerajaan mengetatkan syarat kelayakan bertanding dalam pilihan raya sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen.

AHMAD YAHAYA

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahya berkata, syarat itu termasuk menggugurkan kelayakan seseorang yang menjadi calon melibatkan kesalahan bagi hukuman satu tahun ke atas serta denda melebihi RM2,000 atau seseorang itu mengisytiharkan kesetiaannya kepada negara lain.

Katanya, menggubal akta pindaan politik bagi membanteras budaya politik wang dalam kalangan parti politik adalah perlu demi integriti pemimpin dan kepentingan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara ini kelihatan masih longgar tidak sejajar dengan ketegasan yang dipamerkan dalam pindaan perlembagaan yang digubal sebelum ini bagi menyediakan ruang peruntukan berkenaan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

“Beberapa syarat tambahan lain yang wajar diketengahkan bagi menggugurkan kelayakan bertanding bagi seseorang yang pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menggugat keharmonian negara, serta mempertikaikan hak-hak keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada Ucaptama Muktamar Dewan Ulama Pas di Guar Chempedak di sini hari ini.

Tambah Ahmad, hal yang demikian termasuklah mereka yang sedang dalam perbicaraan mahkamah dalam kes salah laku, penyelewengan dan rasuah.

“Itu  juga tidak wajar diberi peluang untuk bertanding kerana kita bimbang mereka akan menggunakan kedudukan mereka untuk mengelak daripada dikenakan tindakan,” katanya.

Katanya, Dewan Ulama berpandangan pindaan ini perlu diperluas menyentuh soal integriti calon dan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. 

“Kita perlu bergerak ke arah kematangan demokrasi. Kita mengharapkan agar amalan demokrasi terus subur dan bersih daripada budaya rasuah dan salah laku sehingga akhirnya mengorbankan kepentingan rakyat. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×