Tiada parti akan dapat majoriti mudah pada PRU15 - Ku Li

Tiada parti akan dapat majoriti mudah pada PRU15 – Ku Li

TENGKU Razaleigh Hamzah (dua dari kiri) tiba di SK Aring untuk Program Mengacau Bubur Asyura Merdeka di Felda Aring 1, Gua Musang, Kelantan. - FOTO/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) meramalkan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini dilihat sukar untuk mendapat majoriti mudah sekali gus membentuk kerajaan.

Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata, tempias itu akan turut dirasai oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sedang berdepan dengan pelbagai masalah ketika ini.

“Pada pandangan saya, kemungkinan pilihan raya ini bukan menyelesaikan masalah tetapi akan menimbulkan banyak lagi masalah. Bagaimanapun pilihan raya perlu diadakan kerana mengikut perlembagaan sudah genap lima tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lima tahun genap mesti ada pilihan raya. Kita tahu pilihan raya ini mungkin tidak akan membuahkan satu hasil yang baik kerana tak ada satu parti pun mengikut pendapat banyak pihak akan menubuh sebuah kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Mengacau Bubur Asyura Merdeka di Sekolah Kebangsaan (SK) Aring di Felda Aring 1, di sini, semalam.

Ahli Parlimen Gua Musang itu memberitahu, situasi ekonomi dan inflasi turut menjadi antara cabaran yang perlu diharungi oleh parti pada PRU15.

Katanya, oleh itu semua parti harus bersiap sedia untuk berdepan dengan cabaran yang bakal dihadapi sebelum dan selepas PRU15.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mempunyai pertimbangan yang wajar dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum membuat keputusan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pertimbangan itu termasuk soal kestabilan dan usaha pemulihan ekonomi negara serta membantu meringankan beban rakyat dalam menghadapi kos sara hidup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×