Dr. Mahathir pun mohon pengampunan untuk Anwar - Saarani

Dr. Mahathir pun mohon pengampunan diraja untuk Anwar – Saarani

mahathir
SAARANI Mohamad ditemui pemberita pada Program Mesra Bersama Peneroka Felda Negeri Perak di Laman Seri Ridzuan di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya mempersoalkan tindakan beliau sendiri yang membuat petisyen memohon pengampunan diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Dr. Mahathir sepatutnya lebih mengetahui bahawa tindakannya itu telah mengecewakan rakyat.

Menurutnya, ketika Anwar menerima pengampunan diraja, Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri ketika itu.

“Bukankah Tun Mahathir individu yang bertanggungjawab membuat petisyen untuk Datuk Seri Anwar?

“Anda fikir rakyat tak kecewakah? Rakyat kecewa. Tapi waktu itu dia (Mahathir) jadi Perdana Menteri, jadi sama saja, serupa saja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Mesra  Bersama Peneroka Felda Negeri Perak di Laman Seri Ridzuan di sini hari ini.

Saarani mengulas kenyataan Dr. Mahathir dalam ceramah di sini semalam yang rakyat akan kecewa jika Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan rasuah, dibebaskan.

Ahli Parlimen Langkawi itu dalam program Jelajah Sayang Bangsa negeri Perak parti Pejuang di sini semalam berkata, tidak mustahil Najib boleh dibebaskan dengan pengampunan diraja namun rakyat pasti kecewa kerana kesalahan yang dilakukan Najib melibatkan penipuan wang berbilion ringgit.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dihadapi Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×