4 khemah di Stadium Sultan Muhammad IV ranap dipukul ribut

Empat khemah di Stadium Sultan Muhammad IV ranap dipukul ribut

TANGKAP layar yang menunjukkan kejadian ribut yang berlaku di pekarangan Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Empat buah khemah untuk acara Kelantan Festival 2022 di pekarangan Sultan Muhammad IV di sini ranap dipukul ribut dalam kejadian semalam.

Kejadian pukul 8.05 malam itu turut menjejaskan 20 daripada 80 peniaga yang menyertai festival berkenaan.

Pengurus Acara Kelantan Festival 2022 Lokman Hakim Jazlan berkata, berdasarkan pemerhatian hanya seorang pelanggan mengalami luka ringan selepas dipercayai terjatuh semasa menyelamatkan diri dalam kejadian ribut itu.

“Kita tidak menjangkakan ribut berlaku dengan kuat kerana kejadian itu terjadi dalam sekelip mata. Selain khemah, kerusi dan meja yang disediakan untuk pelanggan berehat juga diterbangkan angin.

“Festival Kelantan 2022 tetap diteruskan kita sudah menerima bayaran tapak daripada peniaga. Kita akan membaiki dan menganti khemah peniaga agar program dapat dijalankan sehingga ke hari terakhir festival ini,” ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lokman Hakim memberitahu, pihak sedang membuat pengiraan mengenai jumlah kerugian dan masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×