Steel Gardenias kisah 250 wanita pencetus inspirasi - Utusan Malaysia

Steel Gardenias kisah 250 wanita pencetus inspirasi

Nancy Shukri (kanan) pada pelancaran buku Steel Gardenias baru-baru ini. Turut kelihatan Nellie Tan Wong (dua kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGAN menghayunkan buaian mampu menggoncangkan dunia.

Itulah peranan wanita hari ini dengan kehadiran ramai tokoh wanita menjadi pemimpin untuk membangunkan negara.

Bukti wanita memiliki kekuatan dan kehebatan apabila lebih daripada 200 personaliti wanita hebat dengan pelbagai profesion dikumpulkan dalam buku Steel Gardenias.

Buku tulisan Pengerusi Institut Pengurusan Wanita (WIM), Datuk Dr. Nellie Tan Wong ini dilakukan sepanjang pandemik Covid-19 lalu.

Idea menggabungkan kesemua wanita hebat yang mengharumkan nama negara itu adalah sebagai memberi inspirasi dan motivasi kepada seluruh wanita, sekali gus membuktikan bahawa peranan mereka signifikan dalam menyumbangkan tenaga dan idea untuk pembangunan negara.

Tajuk Steel Gardenias simbolik kepada wanita hebat ini yang diibaratkan seperti bunga Gardenia.

“Di Barat, wanita hebat dirujuk sebagai Steel Magnolias. Di Malaysia, kita ada bunga Gardenia iaitu bunga berwarna putih yang cantik dengan aroma harum.

“Saya beranggapan bunga Gardenia ini sangat istimewa. Ia melambangkan wanita hebat dengan ketokohan masing-masing yang memberi inspirasi kepada ramai wanita,” katanya pada majlis Pelancaran

Buku Steel Gardenias di Wisma WIM, Taman Tun Dr. Ismail di ibu kota baru-baru ini. Ia dirasmikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri. Nellie Tan Wong adalah pengasas bersama WIM.

Pertubuhan ditubuhkan pada 1993 itu bertujuan melatih wanita terpinggir dengan mengadakan kursus-kursus kemahiran keusahawanan dan mengendalikan program sarjana MBA British sejak 2000 untuk wanita dan lelaki profesional tanpa mengira kaum.

Steel Gardenias mengandungi enam bahagian termasuk tentang pemimpin wanita dalam 14 profesion terdiri daripada akauntan, pertanian, arkitek, doktor dan kesihatan, pendidikan, jurutera, usahawan dan undang-undang.

Bahagian seterusnya, wanita berjawatan sebagai pemimpin negara dan dunia seperti perdana menteri, menteri, presiden dan banyak lagi.

Nancy salah seorangnya daripada ikon hebat dirakam dalam penulisan berkenaan.

Pada majlis pelancaran buku itu, sebanyak 200 naskhah dijual dan akan disumbangkan kepada dana bantuan WIM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×