Alibaba Cloud perkasa syarikat teknologi permulaan tempatan

Alibaba Cloud lancar peraduan perkasa syarikat teknologi permulaan tempatan

MAJLIS pelancaran peraduan Create@ Global Startup (CACSC) anjuran Alibaba Cloud di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Alibaba Cloud dengan kerjasama HandsProfit iaitu pusat inovasinya di Kuala Lumpur, melancarkan peraduan Create@ Global Startup (CACSC) di Malaysia.

Peraduan itu bertindak sebagai platform untuk memacu transformasi digital dan inovasi teknologi bagi syarikat teknologi permulaan untuk melancarkan potensi mereka melalui rangkaian ekosistem pelabur.

Peraduan tahun ini akan memberi tumpuan kepada lima teras iaitu teknologi digital, teknologi makanan dan minuman, agroteknologi, blockchain dan revolusi perindustrian 4.0. (IR4.0).

Pengarah Urusan Alibaa Cloud Intelligence di Malaysia, Kun Huang berkata, sebagai pembina ekosistem global, syarikat teruja untuk memupuk bakat tempatan yang cemerlang dan akan datang melalui peraduan berkenaan, serta menghubungkan mereka dengan pemimpin perniagaan utama dan pemodal teroka.

“Dengan inisiatif ini, kami akan terus memacu pertumbuhan syarikat teknologi permulaan di Malaysia ke peringkat seterusnya,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Ts. Mahadhir Aziz berkata, visi dan misi peraduan itu adalah selaras dengan Malaysia Digital, iaitu inisiatif strategik negara untuk mempercepatkan ekonomi digital Malaysia dan membolehkan syarikat permulaan tempatan menjadi juara global.

Kata beliau, syarikat permulaan mempunyai potensi untuk membentuk landskap masa depan ekonomi digital.

“Memandu pertumbuhan dan pembangunan syarikat permulaan digital adalah untuk memupuk ekosistem ekonomi digital iaitu progresif dan mampan. CACSC sejajar dengan usaha MDEC dan lanjutan (kepada usaha) kerajaan Malaysia untuk memupuk ekosistem permulaan digital yang berkembang maju dalam mewujudkan ekonomi digital yang progresif, inklusif dan mampan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×