Wan Saiful sah mahu bertanding di Parlimen Kubang Pasu

Wan Saiful sah mahu bertanding di Parlimen Kubang Pasu

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mengesah mahu bertanding di kerusi Parlimen Kubang Pasu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurutnya, beliau merupakan ahli Bersatu di Bahagian Kubang Pasu dan bersedia bertanding di kerusi tersebut sekiranya diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Malah katanya, beliau juga telah menjalankan kerja-kerja jentera  parti di bahagian itu untuk memastikan kemenangan pada pilihan raya umum itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bahagian saya di Kubang Pasu dan saya akan bantu jentera Bersatu di Kubang Pasu dan sudah tentu minat saya di Parlimen itu.

“Saya buat kerja di situ dan sedia bertanding di (Parlimen) Kubang Pasu,” katanya kepada pemberita selepas program perjumpaan tertutup penerangan Bersatu di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Wan Saiful memberitahu, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan dalam menentukan kedudukanya di Parlimen tersebut.

“Keputusan akhir mesti diserahkan kepada pucuk pinginan parti yang mungkin ada data yang lebih daripada saya sendiri,” ujarnya.

Menurutnya, kerusi Parlimen itu sekarang disandang oleh Datuk Ir. Amiruddin Hamzah yang menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Katanya, pada PRU14, Amiruddin memenangi Parlimen itu atas tiket Bersatu.

“Apabila beliau (Amiruddin) pergi ke Pejuang, maka kerusi itu sepatutnya kekal milik Bersatu,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, penentuan calon di Parlimen itu juga akan dibincangkan dengan Pas sebagai rakan dalam Perikatan Nasional (PN).

Pada PRU14, Amiruddin memenangi Parlimen Kubang Pasu dengan majoriti sebanyak 13,009 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd. Johari Baharom (16,975 undi) dan calon Pas, Norhafiza Fadzil (13,375 undi).

Sementara itu, Wan Saiful pada PRU14 pula kalah di Parlimen Pendang selepas dimenangi calon Pas, Awang Hashim.

Beliau memperoleh 14,901 undi berbanding Awang (26,536). Dua calon lain, Othman Abdul daripada BN mendapat 20,728 undi serta Penghulu Malek calon Bebas (81 undi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×