Inflasi Australia tertinggi dalam tempoh 21 tahun

Inflasi Australia tertinggi dalam tempoh 21 tahun

AUSTRALIA dijangka mengalami kenaikan berterusan kadar inflasi disebabkan kenaikan kos makanan dan tenaga. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Inflasi Australia melonjak kepada 6.1 peratus tahun ke tahun, paras tertinggi dalam tempoh 21 tahun, dan berkemungkinan meningkat lebih pantas apabila kos makanan dan tenaga terus meningkat.

Perkembangan itu mencetuskan spekulasi mengenai kenaikan kadar faedah perlu lebih dua kali ganda untuk mengawal `wabak’ (inflasi) itu, lapor Reuters.

Laporan itu muncul sehari sebelum Ketua Perbendaharaan, Jim Chalmers dijangka mengemas kini ramalan belanjawan kerajaan. Sebelum ini, beliau memberi amaran bahawa inflasi akan menjadi lebih teruk sebelum kembali pulih.

Data daripada Biro Perangkaan Australia semalam menunjukkan, Indeks Harga Pengguna (IHP) melonjak 1.8 peratus pada Jun, kurang sedikit berbanding ramalan pasaran sebanyak 1.9 peratus. Kadar tahunan bagaimanapun meningkat kepada 6.1 peratus daripada 5.1 peratus, tertinggi sejak 2001, dan lebih dua kali ganda kadar pertumbuhan gaji.

Ukuran inflasi teras pada suku dilaporkan meningkat 1.5 peratus, mendorong peningkatan kadar tahunan ke paras tertinggi sejak siri itu bermula 2003 pada 4.9 peratus.

Ia menjadikan inflasi teras jauh daripada sasaran Bank Rizab Australia (RBA) antara 2 hingga 3 peratus, dan mengukuhkan jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 1.35 peratus pada mesyuarat dasar, 2 Ogos.

Penganalisis bimbang inflasi IHP boleh mencapai 7 peratus atau mungkin 8 peratus menjelang akhir tahun, dan berisiko kepada jangkaan gaji dan harga barangan.

Turut membimbangkan apabila tinjauan ANZ terhadap pengguna minggu ini menunjukkan mereka menjangkakan inflasi akan berada pada 6 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pasaran bersandar kepada pergerakan RBA sebanyak 75 mata asas, walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka meningkat dengan jumlah yang sama dijadual lewat Rabu.

RBA, seperti kebanyakan bank pusat, tersilap langkah mengenai dasarnya berikutan peningkatan pesat inflasi, dan terpaksa menaikkan kadar faedah sebanyak tiga kali, pengetatan paling agresif dalam tempoh beberapa dekad.

Perkembangan itu mendorong kerajaan parti Buruh yang dipilih baru-baru ini, melancarkan semakan bebas ke atas RBA untuk melihat sama ada dasar dan tadbir urusnya perlu dikemas kini.

Gabenor RBA, Philip Lowe telah menunjukkan kemungkinan kadar faedah akan terus meningkat ke tahap “neutral” sekurang-kurangnya 2.5 peratus, berbanding paras ditetapkan pasaran sebanyak 3.75 peratus.

“Cabaran sekarang ialah menentukur jumlah pengetatan yang diperlukan,” kata Paul Bloxham, ketua ekonomi Australia di HSBC, sambil menyatakan “neutral” adalah sasaran yang bergerak dan sukar dicapai.

“Melangkah terlalu keras dari sini mungkin menyebabkan kemelesetan, (sementara) terlalu sedikit, masalah inflasi yang berterusan. Sesungguhnya jalan sempit,” tambah beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×